Langkau ke kandungan utama

Catatan

JAWATAN KOSONG DI KOLEJ PTPL TERENGGANU

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia JAWATAN: 1.COMMUNICATION & COUNSELING -Ijazah Pentadbiran Perniagaan / Pemasaran / Perhubungan Komunikasi 2.TUTOR (ACCOUNTING / BUSINESS / ECONOMIC / ELECTRONIC / GRAPHIC) -Ijazah berkaitan Untuk memohon, sila hantarkan surat permohonan beserta resume & sijil-sijil ke alamat di bawah: KOLEJ PTPL TERENGGANU PT 1979 K, JALAN SULTAN OMAR, 20300 KUALA TERENGGANU. Tarikh Tutup: 16 November 2008

Law - Know your rights

What does a person do when he is contacted by the police for questioning? When a person receives a call from a police officer asking him to go to the police station to give a statement, the person may sometimes feel frightened and be reluctant to go. But why would a police officer call up someone and ask him to come to the police station? Of course, if the person has committed an offence for which he can be arrested and a case has been made out, it is likely that the police will locate the person and arrest him. A request for an individual to come to the police station where investigations are being conducted is likely to be made when the police are still at the stage of gathering evidence after a report has been made suggesting the commission of an offence. The individual concerned may wonder why he is being called. However, the police will usually do so in their quest for evidence. The officer may believe that the person approached is in possession of information that could help reac

Inner growth: Know yourself

How much time I give to that relationship is an indication of how much I value it. So how much time am I willing to give myself, in order to know myself better? I must ensure that I understand both sides of myself, my weaknesses as well as my strengths. Sometimes, my ego prevents me from acknowledging my weaknesses, and when things appear to be going wrong, it is difficult for me to see my strengths. I must know both. When I see myself as not just a body but as an eternal spirit, I am liberated from fear, because the greatest fear we have is the fear of death. When I accept that this body is temporary, whereas I, the soul, am eternal, there is no fear of death. There are many who go through life without spending time examining their inner self, thus leading to failed relationships and heartache. To know myself, I need to practise introspection. Even with the busiest schedule, it is possible to give myself a little time, before others wake up, or before the onset of daily responsibiliti

Tukar perkhidmatan mudahalih dengan Switch DiGi

Menerusi kemudahan platform Pengalihan Nombor Mudah Alih (MNP), pengguna telefon mudah alih kini berpeluang untuk menukar perkhidmatan mobil ke pembekal rangkaian yang lain tanpa perlu menukar nombor telefon bimbit asal. Platform MNP yang merupakan inisiatif kerajaan itu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mengekalkan nombor telefon bimbit agar pengguna tidak terputus hubungan dengan kenalan. Justeru, pengguna tidak lagi perlu membuang masa dan wang untuk mengumumkan penukaran nombor sekiranya bertukar kepada pembekal rangkaian telekomunikasi yang lain. Ini bermakna, pengguna pra bayar mahupun pasca bayar berpeluang untuk bertukar ke mana-mana rangkaian lain bagi mendapatkan penjimatan dari segi kadar mahupun menikmati nilai tambah yang terbaik ditawarkan di pasaran tanpa menukar nombor telefon mereka. Sehubungan itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan kedudukannya di pasaran dengan mengumumkan kempen Switch kepada orang ramai dalam

Masalah Berdengkur

Berdengkur merupakan gangguan pernafasan yang paling kerap melanda masyarakat tanpa mengira usia dan jantina. Di Malaysia, dilaporkan lebih lima juta rakyat tidur berdengkur sama ada disedari atau tidak. Jumlah itu melibatkan kira-kira 45 peratus kaum lelaki dan 30 peratus wanita yang berdengkur setiap kali mereka tidur. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kita menghadapi gangguan tidur yang sukar diatasi kerana berpunca daripada dengkuran suami atau isteri sehingga kadang kala menjejaskan hubungan intim antara kedua-duanya. Malang sekali, kebanyakan orang menyifatkan dengkuran hanya sekadar satu kejengkelan sedangkan ia sebenarnya masalah serius yang perlu diatasi segera bagi mengelak penyakit lebih kronik seperti jantung terhenti dan angin ahmar. Konsultan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, Dr. K. Gopalan Nair berkata, berdengkur disebabkan oleh halangan pada rongga hidung apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot akan

Tasik Bera

Tasik Bera yang terdiri daripada tujuh lembah yang dibanjiri air sungai yang bersama-sama membentuk satu sistem tasik sungai berukuran 35 km kali 20 km dengan keluasan 6,150 hektar, adalah takungan air tawar terbesar di Malaysia. Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia. Hampir 100 spesies ikan air tawar, 200 spesies burung dan 68 spesies mamalia hidup di sini. Spesies-spesies yang diancam kepupusan termasuk gajah Asia, harimau belang, harimau dahan, badak cipan (tapir), arowana Asia dan buaya julung-julung (Malayan gharial). Manakala keladi paya hanya boleh ditemui di Tasik Bera. Terdapat dua musim hujan dan panas yang ketara di sini dengan musim hujan dialami dari April hingga Mei dan September hingga Januari. Paras air pula akan naik dan turun mengikut musim, daripada kedalaman satu meter semasa musim panas iait

Yahudi dalam pentadbiran Obama

Barack Obama dipilih sebagai Presiden baru Amerika Syarikat (AS) setelah memenangi pilihan raya Presiden AS pada Selasa minggu lalu. Walaupun, beliau kini sibuk menyusun jentera pentadbirannya menjelang peralihan jawatan daripada Presiden George W. Bush yang akan mengosongkan kerusi White House pada 20 Januari ini, tetapi cerita-cerita mengenai Obama masih hangat diperkatakan oleh orang ramai bukan sahaja di AS tetapi juga di seluruh dunia. Salah satu isu, yang masih hangat dibicarakan ialah mengenai status agamanya sebagai seorang Islam. Walaupun, pencabar kuatnya, John McCain daripada Parti Republikan tidak pernah membangkitkan isu tersebut secara langsung dalam kempennya, namun jentera kempen McCain telah mengeksploit isu tersebut bertujuan mempengaruhi pengundi-pengundi AS. Golongan yang fanatik pula, bertindak lebih jauh mengaitkan Obama dengan pemimpin militan al-Qaeda, Osama bin Laden. Mereka menggunakan cara yang cukup halus termasuk menyiarkan gambar kartun Obama yang kelihata

Buat baik dulu sebelum suruh orang lain

Mata suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk. Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk. Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat. Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah

Hidupan aneh di Antartik

Saintis yang menjalankan kajian dan bancian 10 tahun terhadap hidupan laut menghasilkan laporan 'Census of Marine Life,' menemui pelbagai misteri lautan antaranya kewujudan lokasi pertemuan rahsia jerung putih di timur Lautan Pasifik selain spesies alga hidup membiak pada suhu -25 darjah Celsius di Artik. Dalam laporan yang didedahkan baru-baru ini, penyelidik turut menemui bukti genetik kebanyakan spesies sotong kurita moden sebenarnya mengalami evolusi daripada spesies hidupan purba yang hidup di Antartika lebih 30 juta tahun lalu. "Kami sedang mendekati alam lautan daripada mikrob kepada paus," kata saintis kanan bagi bancian 2007-2008, Ron O'Dor. Bancian itu disertai sehingga 2,000 saintis daripada 82 negara yang menjalankan kajian selama 10 tahun untuk membantu melindungi hidupan laut. Bancian bernilai AS$650 juta (RM2.3 bilion) itu dijangka siap pada 2010 dan bakal mengenal pasti sekitar 230,000 spesies marin. Hingga kini, 5,300 spesies baru dari ikan sehing

Bukan mati syahid

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai 'mati syahid' kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama. "Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab. Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin 'mati syahid'. Mereka mengimpikan satu wilayah pemerintahan khalifah di sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara. Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka pada 2003, yang dicabar sekurang-kurangnya empat kali, menyebabkan pelaksanaan hukuman itu tertangguh dan mendapat liputan meluas media. Ratusan penyokong mereka bertempur seketika dengan polis apabila jenazah Mukhlas dan Amr