Memaparkan catatan dengan label ssp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ssp. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 04, 2022

Pesara jadi jutawan BSN SSP

 


Seorang pesara bergelar jutawan selepas memenangi Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) pada tarikh kelahirannya ke-63, Julai lalu.

BSN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, pesara berusia 63 tahun itu yang juga anak watan Pulau Pinang memenangi RM1 juta hasil usahanya menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP.

Seorang lagi pesara berusia 79 tahun berasal dari Melaka turut bergelar jutawan apabila diumumkan menjadi pemenang bagi cabutan ke-79 selepas sudah menyimpan dalam BSN SSP sejak tahun lalu.

Melalui hadiah kemenangannya, beliau berazam untuk melakukan infaq dan mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan selebihnya disimpan semula dalam BSN SSP bagi berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan lain ditawarkan.

Jutawan BSN SSP terbaru yang ke-80 adalah seorang individu dari Perak sekali gus bergelar Jutawan Hari Malaysia.

Individu berusia 52 tahun itu yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan menyimpan dalam BSN SSP sebagai pelaburan untuk masa hadapan keluarga.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN masih mengekalkan cabutan istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta untuk setiap bulan pada tahun ini.

"Ini bermakna sepanjang tahun ini, seramai 12 penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta menjadikan pada penghujung tahun nanti seramai 83 jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen itu sejak ia dimulakan.

"Sehingga Ogos lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah simpanan dicatatkan sebanyak RM4.8 bilion," katanya.

Pelanggan sedia ada yang mahu menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian menerusi kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan internet myBSN, Cawangan Bank Bergerak (CBB) atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN).

Bagi pelanggan baru pula, simpanan BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

Sabtu, Jun 05, 2021

Remaja lelaki 17 tahun jutawan BSN SSP

 

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakar sejarah apabila menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) setelah dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 dan membawa pulang sijil itu yang bernilai RM1 juta.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan itu sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.

"BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan telah kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun ini BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.

Khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.

Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN) manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara. 

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN Malaysia.

 

 

 

Recent Posts