Memaparkan catatan dengan label cukai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cukai. Papar semua catatan

Isnin, Januari 08, 2024

Tiga jenis cukai untuk pemilik hartanah

 


Antara cukai lazim yang dikenakan kepada rakyat ialah cukai pendapatan, cukai kepenggunaan (seperti GST dan SST) serta cukai kepada pemilik hartanah.


Di Malaysia, pemilik hartanah perlu bersedia membayar tiga jenis cukai, iaitu cukai tanah, cukai taksiran dan jika melibatkan penjualan hartanah, cukai keuntungan harta tanah.


Ketiga-tiga cukai ini mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tersendiri.


Cukai tanah


Menurut PropertyGuru, cukai tanah ialah cukai yang dikenakan kepada pemilik mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuk tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).


Cukai tersebut dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG).


Cukai sama turut dikenakan ke atas pemilikan hartanah berstatus strata yang dikenali sebagai cukai petak.


Pembayaran cukai tanah diwajibkan melalui Kanun Tanah Negara manakala cukai petak ditadbir di bawah Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013 dan Akta Hak Milik Strata (STA) 1985.


Kadar cukai tanah adalah bergantung kepada saiz hartanah, namun ia berbeza mengikut negeri. Malah, kadarnya juga berbeza mengikut lokasi dan jenis hartanah.


Untuk mengetahui kadar cukai tanah yang tepat untuk kediaman, anda disarankan untuk menghubungi PTG negeri masing-masing.


Cukai taksiran


Cukai taksiran pula merupakan cukai tanah tempatan yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur serta perkhidmatan tempatan.


Cukai yang turut dikenali sebagai cukai pintu itu dikenakan untuk menampung kos seperti cahaya lampu jalan, pembersihan taman, pengumpulan sisa dan pekerjaan lain yang diperlukan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa.


Semua pemilik hartanah perlu membayar cukai taksiran, baik pemilik hartanah kediaman atau industri.


Namun, terdapat beberapa pengecualian atau bayaran balik yang ditawarkan kepada kes istimewa, seperti hartanah yang tidak didiami (tuntutan remisi) serta perumahan kos rendah dan sederhana (bagi sesetengah negeri).


Kadar cukai taksiran akan dikira berdasarkan anggaran nilai sewa tahunan hartanah. Sekali lagi, ia berbeza mengikut negeri.


Pembayarannya pula boleh dibuat dua kali dalam setahun, iaitu sebelum 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.


CKHT


Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) pula merupakan cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai seperti rumah, bangunan komersial, ladang dan tanah kosong.


Malah, bermula 1988, cukai itu turut dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat hartanah.


CKHT ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 yang menggantikan Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974. Kedua-dua akta tersebut diperkenalkan bagi menyekat aktiviti spekulasi hartanah.


Menurut LHDN, CKHT akan dikenakan ke atas pelupus dalam tahun taksiran di mana transaksi pelupusan berlaku. Pelupus yang dimaksudkan termasuk individu, syarikat, perkongsian, pertubuhan, pemegang amanah dan lain-lain orang yang boleh dikenakan cukai.


Perunding hartanah, Hazran Zuberi berkata, terdapat beberapa kos yang boleh ditolak dan dikecualikan dalam kiraan keuntungan atas jualan sesuatu hartanah kediaman.


Ini termasuk kos pengubahsuaian, yuran guaman, jurunilai, perunding hartanah, kos ke atas iklan jualan serta pengecualian atau pelepasan individu.


“Nilai pengecualian yang diberi kerajaan adalah 10 peratus atau RM10,000, yang mana lebih tinggi,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia


Sumber : RELEVAN

Ahad, Disember 03, 2023

PRK Parlimen Kemaman: Dr Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi


PAS mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 37,220 undi hasil kiraan daripada 249 keseluruhan peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman di Cukai, Terengganu.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi manakala lawannya dari calon BN, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 25,023 undi.

Majoriti yang diperoleh calon PAS kali ini melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

"Sebanyak 428 kertas undi ditolak dengan jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 65.76 peratus," katanya.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Kemaman sehingga jam 4 petang adalah 60 peratus.

Seramai 141,382 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat baharu pada PRK Kemaman kali ini.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.

Sumber dari Berita Harian

Rabu, Julai 05, 2023

Program Khas Pengakuan Secara Sukarela Cukai LHDN


PROGRAM KHAS PENGAKUAN SECARA SUKARELA (PKPS) 2.0
https://www.hasil.gov.my/program-khas-pengakuan-sukarela-20/ 

  1. Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Penyampaian Taklimat PKPS 2.0 dibuka secara percuma mengikut slot yang dijadualkan oleh pihak LHDNM melalui aplikasi ZoomBilangan peserta bagi setiap sesi terhad kepada 250 orang sahaja.
  3. Penyertaan taklimat adalah secara individu dan terbuka kepada orang awam. 
  4. Tiada penyediaan sijil penyertaan/ tuntutan kredit mata CPD atau tuntutan geran program latihan di bawah Skim HRD Corp Claimable Course.
  5. Penyampaian taklimat khas ini akan dibuat menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
  6. Durasi masa taklimat adalah 1 jam 15 minit termasuk sesi soal jawab. Sesi soal jawab akan dikendalikan melalui aplikasi Pigeon Hole.
  7. Pengesahan penyertaan dan link aplikasi Zoom akan die-melkan kepada peserta yang memberikan maklumat yang betul dan lengkap.


Required

PROGRAM KHAS PENGAKUAN SECARA SUKARELA 2.0
Pengenalan

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.
Tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 adalah mulai 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.
Pembayar cukai yang layak untuk menyertai PKPS 2.0 adalah seperti berikut:
  • Pembayar cukai baharu
  • Pembayar cukai sedia ada yang pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi terdapat BNCP / BNCKHT yang tidak dikemukakan bagi mana-mana tahun taksiran yang lain.
  • Pembayar cukai sedia ada yang pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi mempunyai pendapatan tambahan yang tidak dilaporkan.
  • Pembayar duti yang tidak membuat penyeteman dokumen / perjanjian dalam tempoh penyeteman yang dibenarkan.


Isnin, Mac 27, 2023

LHDN perkenal e-invois ganti resit untuk pelepasan cukai

 


Kesulitan dihadapi pembayar cukai, termasuk syarikat dan individu untuk menyimpan invois dan resit sehingga tujuh tahun sebagai bukti untuk pelepasan cukai akan selesai akhir tahun ini.

Ia berikutan, bermula tahun depan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bercadang memperkenalkan inisiatif baharu dikenali e-invois bagi memudahkan pembayar cukai menyimpan dan mengawasi rekod kewangan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata e-invois akan membantu simpanan rekod kewangan pembayar cukai yang dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya mulai awal tahun depan.

Beliau berkata, inisiatif itu dirangka selepas LHDN mengambil kira kesukaran pembayar cukai menyimpan rekod kewangan masing-masing bagi tempoh tujuh tahun seperti ditetapkan ketika ini.

"Melalui inisiatif e-invois pembayar cukai tidak perlu lagi risau untuk mengemukakan resit ketika memohon pelepasan cukai.

"Inisiatif e-invois ini nanti insya-Allah boleh mengubah perkara ini (dokumen berkaitan pelepasan cukai hilang atau sudah lusuh akibat gagal disimpan dengan rapi).

"Pada dasarnya jika sudah dilaksanakan sepenuhnya, e-invois ini akan dapat membantu dari segi mengurangkan bebanan rekod simpanan dokumen pembayar cukai.

"Ini kerana, kebanyakan maklumat (berkaitan rekod kewangan pembayar cukai) sudah berada pada LHDN. Justeru, kita harap semua pihak dapat menyokong e-invois ini apabila dilaksanakan kelak," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas.

Mohd Nizom berkata, ketika ini, pihaknya belum bercadang untuk meminda akta berkaitan (yang memperuntukkan dokumen mengenai kewangan pembayar cukai perlu disimpan selama tujuh tahun).

Mohd Nizom berkata, ketika ini pihaknya sedang menyediakan infrastruktur berkaitan untuk melaksanakan sistem e-invois yang akan disediakan percuma.

Mengikut Seksyen 82A Akta Cukai Pendapatan 1967, mana-mana individu yang perlu memberikan butiran pendapatan bagi tahun taksiran di bawah akta berkenaan, perlu menyimpan dan mengekalkan dengan selamat dokumen-dokumen yang mencukupi untuk tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran berkenaan bagi tujuan memastikan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang perlu dibayar.

Dokumen bermaksud penyata pendapatan dan perbelanjaan, invois, baucar, resit dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk mengesahkan pulangan cukai.

Sebelum ini, kerajaan dilapor bercadang memperkenal e-invois yang akan menyokong penggunaan nombor pengenalan cukai (TIN) untuk diwajibkan bagi semua dokumen dan instrumen membabitkan rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Inisiatif itu dilapor bakal memperluaskan kutipan cukai pendapatan selain memperkukuh perolehan hasil kepada negara.

Sumber : Berita Harian

Sabtu, Januari 21, 2023

Bantuan khas kewangan penjawat awam dikecualikan cukai

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam di semua negeri akan dikecualikan cukai.

Perdana Menteri berkata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, mengusulkan perkara itu kepadanya bagi kakitangan awam negeri berkenaan pada mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching, Sarawak.

"Sekarang ini bonus diberikan kerajaan negeri tertakluk kepada cukai, tetapi atas permintaan Abang Johari dan saya rasa ia munasabah, bonus akan dikecualikan dari cukai dan ini terpakai untuk semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri," katanya.

Pada Disember lalu, kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam pada 2023.

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata kumpulan profesional dan pengurusan serta kumpulan sokongan yang gred 56 ke bawah akan menerima bantuan berkenaan.

Selain itu, pemandu peribadi ahli pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman dan mereka yang bekerja di bawah proggram MyStep akan turut menerimanya.

Sumber : Berita Harian

Isnin, Jun 20, 2022

Tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan kekal 30 Jun 2022

 


Tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Beliau berkata, dengan pembukaan sektor ekonomi, sektor automotif telah kembali beroperasi seperti sedia kala, namun terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global. 

Katanya, pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif. 

"Berikutan permasalahan ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

"Sehubungan itu, bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun 2022 terus menikmati insentif pengecualian cukai jualan ini, sukacita dimaklumkan bahawa tempoh pendaftaran kenderaan itu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023," katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, bagi mengekal dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan dan 50 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU) sejak 15 Jun 2020 dan akan berakhir pada 30 Jun 2022. 

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Sumber : Berita Harian

Khamis, April 13, 2017

Penalti 100 Peratus Jika Elak Cukai



Penalti seratus peratus nilai cukai terhadap individu dan syarikat yang mengelak atau melapor cukai pendapatan tidak tepat, akan berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah berkata penalti itu adalah maksimum yang dikenakan berbanding penalti 45 peratus nilai cukai sekarang.

"Misalnya jika mereka atau syarikat elak cukai RM1juta, maka mereka perlu bayar penaltinya RM1juta juga iaitu 100 peratus nilai cukai yang dikenakan," katanya.

Penalti 100 peratus itu boleh dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Gegar Bersepadu (G127B).

Sabin berkata penalti yang lebih tinggi itu diharap dapat memberi kesedaran kepada individu dan syarikat terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan mereka.

Mengenai Ops G127B dari 10 hingga 14 April, lawatan banci bisnes dan perniagaan, serahan notis sekatan perjalanan kerana tunggakan cukai, serahan notis tindakan mahkamah dan saman serta audit majikan dan audit potongan cukai bulanan akan dijalankan. 

– Bernama

Recent Posts