Memaparkan catatan dengan label Awal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awal. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 13, 2021

Scha dan Awal timang anak perempuan

 

Pelakon, Scha Alyahya, 38, selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 9.15 pagi Khamis.

Menerusi entri Instagram (IG) Scha dan suaminya, Awal Ashaari, pasangan itu meluahkan perasaan syukur semuanya dalam keadaan baik.

"Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT atas kelahiran cahaya mata kedua, hari ini.

"Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Pusat Perubatan Prince Court.

"Ibu dan bayi dalam keadaan baik dan masih berehat, buat masa ini. Kami memohon maaf kerana kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan," katanya.

Pasangan ini juga turut meluahkan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai.

Dalam pada itu, Scha dan Awal turut menamakan anak kedua mereka sebagai Baby L.

"Kami bersyukur atas amanat ini dan berterima kasih atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

"Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari dan insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira dengan anda semua kelak.

"Jaga diri dan selamat datang ke dunia Baby L," katanya.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber : Berita Harian

 

Jumaat, Mei 04, 2012

Awal dan Scha bergelar suami isteri dengan sekali lafaz


PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.



Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.

Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

- MSTAR



Awal dan Scha Sehati Sejiwa


FASA baharu dalam kehidupan sudah menjelma buat pemilik nama aktor dan pengacara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari.

Sah bergelar suami kepada aktres dan pengacara Scha Al-Yahya, 29, menerusi upacara akad nikah yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada hari ini, Jumaat 4 Mei, kata Awal, walaupun dirinya dilanda perasaan gemuruh untuk diijabkabulkan, namun dalam masa yang sama dia berasa teruja memperisterikan Scha.

"Sememangnya saya dilanda gemuruh sebelum diijabkabulkan dan perasaan itu bercampur-baur, bergaul antara jiwa yang teruja dan hati yang berdebar-debar," ucap Awal yang ditemui di butik Atikah's Songket di Taman Tun Dr. Ismail kelmarin.

Scha yang setia menemani Awal untuk melihat sebahagian daripada kelengkapan perkahwinan mereka di butik tersebut pula dalam senyuman yang manis memberitahu dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar isteri Awal.

Malah, Scha penuh terbuka membicarakan tentang perancangan memperoleh zuriat bersama Awal. Kata Scha: "Saya dan Awal tidak merancang keluarga tetapi kalau dapat tiga orang anak, itu sudah memadai buat kami."

Apa yang pasti, dalam melayari bahtera perkahwinan, Awal dan Scha merancang untuk meraikan penyatuan cinta mereka itu dengan berbulan madu di New York selama 10 hari.

"Saya dan Scha memilih New York kerana di sana banyak lokasi menarik yang boleh dilawati bersama," ujar Awal yang turut memberitahu perancangan awal untuk berbulan madu di Eropah selama dua atau tiga minggu akan tetap diteruskan yang berkemungkinan pada bulan Disember ini.

Pemilihan New York sebagai lokasi bulan madu juga adalah kerana Awal dan Scha akan mulai sibuk dengan kerjaya masing-masing usai majlis perkahwinan ini yang bakal disempurnakan dengan majlis resepsi pada Ahad, 6 Mei ini pukul 8 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Saya akan memulakan tugasan sebagai hos bual bicara saya sendiri iaitu Awal Lagi menjelang 18 Mei ini, manakala Scha pula bakal memulakan penggambaran filem terbaharunya, Dampak pada pertengahan bulan Jun," bicara Awal.

Dalam pada itu, Awal mengakui dia memandang serius terhadap institusi kekeluargaan yang kini baru dibinanya bersama Scha. Ujarnya, perkahwinan bukan kayu pengukur populariti malah status seseorang artis bukan batu penghalang untuk meneruskan karier.

"Zaman dahulu mungkin perkara itu boleh diterima pakai, peminat sekarang lebih bijak dan boleh menerima seseorang artis bukan kerana status mereka," tegas Awal.

Raih banyak tajaan

Sudah lumrah sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, ternyata Awal dan Scha sangat bertuah kerana majlis perkahwinan mereka turut mendapat tajaan pelbagai pihak.

Bagi Awal, segala tajaan yang diterima merupakan sesuatu yang di luar jangkaan sama sekali dan mereka sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah sudi untuk memberi tajaan tertentu untuk majlis perkahwinan mereka.

"Sebagai contohnya, ketika hendak mencari kain songket kami telah mengunjungi butik Atikah's Songket dan bertemu sendiri dengan pemiliknya iaitu Noriah Ashari. Ketika perbincangan harga dibuat untuk membeli kain songket yang telah dipilih, tiba-tiba Noriah telah menawarkan kami untuk menaja songket tersebut dan kami anggap ia satu rezeki yang tidak harus ditolak," ujarnya.

Menurut Awal, syarikat Ginvera Marketing pula telah menjadi penaja utama dengan membeli hak siaran majlis pernikahan mereka. Upacara itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Awani memandangkan Awal dan Scha merupakan duta produk Nugeno Men Cool dan Bio-essence di bawah kendalian syarikat tersebut.

Selain itu, antara pihak lain yang turut menjadi penaja perkahwinan mereka berdua seperti Jakel, Bateel, kadkahwinku.com, Candidsyndrome Team, CST Production dan Hotel Pullman, Putrajaya.

"Sebenarnya kami tidak menyangka banyak pihak yang telah tampil untuk memberikan tajaan. Namun, kami sangat bersyukur dengan segala tajaan yang diterima dan segala persiapan berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, majlis perkahwinan kami ini tidaklah ditaja kesemuanya. Kami masih lagi mengeluarkan wang sendiri untuk tempahan dewan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hidangan tetamu dan perancang perkahwinan," jelasnya.

Masih hijau

Awal yang berpengalaman sebagai pengacara program Fuhhh! itu nyata mempunyai pendirian dan strategi sendiri untuk karier sama ada dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan. Dia tidak mudah menyimpul makna sesebuah kejayaan yang dicapainya hingga kini.

"Kalau ditanya mengenai pencapaian, bagi saya masih jauh lagi perjalanan walaupun sudah lapan tahun berada dalam industri seni. Banyak lagi perlu saya pelajari dan saya sifatkan diri saya masih hijau, tak pernah terlintas untuk mendabik dada, bangga diri apatah lagi besar kepala," ucapnya.

Ditebak soalan tentang perancangan sepanjang tahun 2012 terutama bidang lakonan selain kehidupan berumah tangga, kata Awal dia mahu menyeimbangkan kariernya yang kini merangkumi bidang pengacaraan dan lakonan.

"Orang ingat saya tidak mahu berlakon kerana aktif menjadi pengacara, tapi sebenarnya setiap tahun, saya muncul dengan filem baharu.

"Kedua-dua bidang lakonan dan pengacaraan menjanjikan kepuasan yang berbeza dan untuk tahun ini seboleh-bolehnya saya ingin menyeimbangkan kedua-duanya," getus Awal yang sudah muncul dalam sembilan buah filem.

Bagaimanapun, bidang pengacaraan tidak boleh dipisahkan daripada seorang figura ini. Hal itu diakui sendiri oleh Awal yang turut melihat bidang itu menerusi perspektifnya sendiri.

"Impian saya untuk mengendalikan rancangan bual bicara saya sendiri seperti Pak Nil (Aznil Nawawi), Faizal Ismail dan Datuk Siti Nurhaliza. Bagi saya, itu tahap paling tinggi seseorang pengacara adalah dengan menjadi hos rancangannya sendiri.

"Syukur Alhamdulillah, menjelang 19 Mei nanti saya akan muncul bersama sebuah rancangan bual bicara Awal Lagi yang akan disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam," ujar bekas pengacara Beat TV itu.

Cita rasa fesyen

Sama seperti bidang pengacaraan begitu juga dengan dunia fesyen, Awal tidak boleh lari daripada label dirinya yang mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Malah, kebanyakan anugerah yang dicapainya merupakan pengiktirafan dalam bidang fesyen.

"Status sebagai seorang selebriti menuntut saya lebih berjaga-jaga. Bergaya bagi saya kerana mengikut kehendak kerjaya. Syukur Alhamdulillah banyak pihak yang menghargai diri saya dalam berfesyen. Perasaan untuk kelihatan menarik datang secara semula jadi, rujukan saya adalah rancangan-rancangan fesyen di televisyen dan majalah, selebihnya kreativiti sendiri," cerita Awal.

Malah, Awal mengakui kebanyakan hasil titik peluhnya disalurkan untuk membeli barangan kelengkapan diri.

"Kalau dulu ketika kewangan belum stabil saya sekadar telan air liur tengok orang lain berfesyen, tapi sekarang apabila sudah mampu, pelaburan dilebihkan untuk penampilan. Saya tidak begitu mengejar barangan berjenama, banyak juga pakaian saya beli di pasar malam. Apa yang penting kena pandai pilih corak, potongan dan kemudian suai padankan mana yang patut," akui Awal.

- KOSMO!

Akad Nikah Awal dan Scha
http://myadha.blogspot.com/2012/05/awal-scha-bergelar-suami-isteri-dengan.html

Recent Posts