Memaparkan catatan dengan label rayuan bpr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rayuan bpr. Papar semua catatan

Jumaat, September 17, 2021

Semakan status rayuan BPR mulai 18 Sep 2021

 

Semakan status kelulusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat mulai 18 September 2021 (Sabtu), membabitkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung bulan ini bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

Kerajaan sudah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

Permohonan rayuan ini diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak,

Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan tunai yang keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini, boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.

Selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR, beliau berkata, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.

Katanya, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program terbabit akan dilanjutkan sehingga 30 September ini dan ia bertepatan dengan situasi semasa serta memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar serta menebus telefon telefon di kedai secara fizikal.

Semakan Rayuan BPR boleh dibuat di: https://bpr.hasil.gov.my

 

 

Isnin, Jun 14, 2021

Rayuan BPR dibuka hingga 30 Jun 2021

 

Kementerian Kewangan membuka rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula Selasa hingga 30 Jun ini bagi membantu rakyat yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemohon boleh mengemukakan rayuan serta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Kerajaan sedar mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

"Permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM dan penghantaran borang rayuan secara manual di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM secara janji temu sahaja. 

"Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos iaitu BPR tambahan dan Semptember ini bagi BPR fasa tiga," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, sepanjang tahun ini kerajaan memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya.

Ia termasuklah peruntukan BPR tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

"Bagi tahun ini, kerajaan mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR dan hingga kini RM4.6 bilion bantuan BPR sudah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima di seluruh negara pada Februari atau Mac dan Mei lalu.

"Bayaran fasa tiga sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dalam membantu bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat malah akan kekal komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan ini sampai kepada mereka yang disasarkan.

Katanya, ia adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.

Sumber : Berita Harian

 

Recent Posts