Memaparkan catatan dengan label kurikulum persekolahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kurikulum persekolahan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 06, 2023

KPM perkenalkan 7 teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027

 


Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan tujuh domain atau teras dalam kerangka Kurikulum Persekolahan 2027, yang disifatkan mampu untuk melahirkan insan sejahtera dan mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek kehidupan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tujuh domain itu ialah perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.

Katanya, domain ini juga mengambil kira semua elemen merentas kurikulum dan enam tunjang dalam kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

"Fokus pembelajaran dan pembentukan karakter dalam pelbagai disiplin ilmu akan disesuaikan dengan setiap tahap bermula daripada tahap prasekolah sehinggalah ke tahap pendidikan menengah atas yang membabitkan murid tingkatan empat dan tingkatan lima.

"Kurikulum prasekolah akan dibangunkan dengan memberi fokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin serta memiliki sifat kasih sayang, berdaya tahan, mampu menyelesaikan masalah serta berkeinginan untuk belajar.

"Sebagai persediaan awal, murid akan terus diberikan ruang untuk pembelajaran dalam medium Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris," katanya pada Program Bual Bicara Profesional Kurikulum Persekolahan 2027.

"Kurikulum prasekolah akan dibangunkan dengan memberi fokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin serta memiliki sifat kasih sayang, berdaya tahan, mampu menyelesaikan masalah serta berkeinginan untuk belajar.

"Sebagai persediaan awal, murid akan terus diberikan ruang untuk pembelajaran dalam medium Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris," katanya pada Program Bual Bicara Profesional Kurikulum Persekolahan 2027

Sumber : Berita Harian

Recent Posts