Memaparkan catatan dengan label awesome tv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awesome tv. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 22, 2023

MYTV gantung siaran Awesome TV

 


MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome TV di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.

MYTV menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penggantungan itu terpaksa dilakukan disebabkan isu pembayaran fi akses.

"Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV dan Awesome TV walaupun pelbagai usaha dilakukan di antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya.

"Penggantungan Awesome TV ini amat dikesali dan kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, MYTV komited menyampaikan kandungan yang berkualiti menerusi platformnya.

Katanya, MYTV juga akan terus menawarkan akses kepada pelbagai program menarik untuk penonton.

"Kami menghargai sokongan penonton ketika ini dan memberi jaminan kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian untuk semua pihak," katanya.

Mei lalu, Awesome TV dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) kerana menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.

Saluran TV itu yang disiarkan di MYTV dan Astro, didakwa menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan.

Sumber : Berita Harian

Khamis, Ogos 06, 2020

Awesome TV HD saluran baharu di platform MYTV





Semenjak peralihan peralihan sistem penyiaran televisyen (“TV”) dari analog ke digital pada November 2019 yang lalu, MYTV terus berusaha keras untuk meningkatkan mutu perkhidmatan digital TV di Malaysia dengan memastikan kandungan multimedia dan interaktif di platform TV digital myFreeview adalah terkini, relevan dan menarik kepada penonton. Kerjasama antara MYTV dan myFreeview telah berjaya membawa saluran TV digital percuma kepada penonton di seluruh negara.

Terkini, myFreeview bakal memperkenalkan satu lagi saluran terbaharu iaitu “Awesome TV HD” yang akan bersiaran 24 jam sehari secara rasmi pada 3 Ogos 2020 melalui saluran 112. Kepelbagaian kategori program yang disediakan Awesome TV HD seperti Riuh Famili dan Keringat Selebriti pastinya akan menarik minat kesemua peringkat golongan di Malaysia dan secara tidak langsung memeriahkan lagi siaran yang sedia ada di myFreeview.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn Bhd, En. Mazlan Mahdi berkata, “Peningkatan positif jumlah penonton myFreeview, khususnya dalam tempoh PKP mutakhir ini, adalah amat menggalakkan. Sejumlah 5.3 juta penonton siaran myFreeview kini berpeluang untuk menikmati kepelbagaian perkhidmatan TV digital myFreeview yang disediakan MYTV dan kami menjangkakan peningkatan ini akan berterusan, selari dengan pembangungan kandungan multimedia dan interaktif di antara MYTV, badan penyiar dan rakan pemain industri yang lain. Ini adalah komitmen kami untuk terus kekal relevan di dalam bidang penyiaran televisyen negara. Kami yakin Awesome TV juga akan turut serta dalam inisiatif pembangunan perkhidmatan TV digital myFreeview pada masa hadapandan kami mengharapkan mereka juga akan mengambil kesempatan atas kepelbagaian perkhidmatan yang platform myFreeview sediakan”.

Melalui siaran TV digital myFreeview, penonton boleh mengakses pelbagai saluran TV dan radio melalui TV1, TV2, TVOkey, Berita RTM, RTM HD Sports, TV3, ntv7, 8TV, TV9, Drama Sangat, CJ Wow Shop, TV Al Hijrah, Bernama dan Astro Go Shop. Dengan penambahan saluran Awesome TV HD, jumlah saluran TV digital myFreeview adalah sebanyak 16 saluran TV dengan 8 daripadanya adalah dalam format definisi tinggi atau High Definition dan 6 saluran radio. Bagi menyambut seruan Kerajaan dalam menggalakkan rakyat agar kekal berada di rumah dalam tempoh PKP, MYTV komited untuk memastikan kualiti siaran myFreeview tidak terjejas disamping memastikan liputan siarannya adalah di peringkat optimum.

Untuk menikmati siaran TV digital myFreeview secara percuma, pengguna hanya perlu mendapatkan dekoder DVB-T2 atau TV berintegrasi digital (IDTV) di kedai-kedai elektrik berhampiran atau layari www.mytvbroadcasting.my

013 979 0000

Recent Posts