Memaparkan catatan dengan label pegawai siasatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pegawai siasatan. Papar semua catatan

Sabtu, September 25, 2021

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41

 

  

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM ONLINE PEGAWAI SIASATAN P41 Pada 29 SEPTEMBER 2021 ini?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEGAWAI SIASATAN P41 untuk sesi peperiksaan 29 SEPTEMBER 2021

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEGAWAI SIASATAN P41 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor
(ada ke?) tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEGAWAI SIASATAN P41 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST SPA pada OGOS 2021 lalu.

Dapatkan sekarang di: https://go.semakan.info/pegawai-siasatan-p41/28

 

 

 

Jumaat, Mac 10, 2017

SPRM Sasar Tiga Tahun Bersihkan Rasuah Penjawat Awam



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.

"Tempoh tiga tahun dipilih kerana pada 2020 Malaysia seharusnya sudah mencapai status negara maju," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun 2016 hingga Februari tahun ini (2017) melibatkan penjawat awam.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam dan kita (SPRM) khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung dari sekarang," katanya pada majlis Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Bersama SPRM di KKLW.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Daripada 665 kertas siasatan itu, seramai 548 penjawat awam telah ditangkap dan sebanyak 63 kes dituduh di mahkamah, katanya.

Azam turut merujuk kepada kes rasuah Jabatan Air Sabah sebagai indikator yang tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh 'tidur' dengan wang sebanyak lebih RM50 juta di rumahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Azam berkata sasaran membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam dalam masa tiga tahun merupakan faktor utama SPRM lebih agresif menjalankan operasi sejak tahun lepas.

Ditanya mengenai faktor yang menyebabkan perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata keadaan negara yang semakin membangun dan banyak transaksi ekonomi berlaku membuka banyak peluang untuk rasuah.

"Dalam keadaan ini apabila seorang diberi kuasa, dia mudah terjebak dalam rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Kalau tidak ada duit, orang tidak akan melakukan rasuah, mereka akan melakukan jenayah lain seperti merompak, jual dadah dan sebagainya," katanya.

- Bernama

Recent Posts