Memaparkan catatan dengan label Denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Denggi. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 08, 2015

Awasi Denggi Selepas Jerebu


Setelah mengalami kesan jerebu, kini orang ramai perlu berhati-hati dengan wabak demam denggi menjelang beberapa bulan akan datang.

Kenaikan kes seperti ini dijangka berlaku berikutan "Fenomena El Nino paling teruk di kepulauan Pasifik dalam tempoh hampir 20 tahun".

Cuaca panas dan kering yang tidak teratur sudah menyumbang kepada jerebu hingga menjejaskan negara-negara dan lain di rantau ini ekoran kebakaran hutan luar kawalan di Indonesia.

Pasukan penyelidikan antarabangsa mendapati bahawa suhu tinggi El Nino boleh mewujudkan keadaan yang sesuai untuk wabak denggi berskala besar tersebar ke seluruh kawasan yang luas.

Kajian ini meliputi Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Filipina. Dikhuatiri wabak ini boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan di negara-negara terjejas jika ia berlaku tanpa diduga, demikian menurut kajian tersebut.

Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit iaitu seorang perunding penyelidikan di Universiti Malaya berkata, kesan penuh El Nino akan dirasai pada tahun akan datang dan dengan itu, kenaikan kes denggi juga dijangka berlaku. Buat masa ini, bilangan kes-kes di beberapa negeri telah meningkat dua kali ganda.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata usaha untuk memerangi denggi telah ditingkatkan sebelum El Nino.

Katanya kes denggi cenderung untuk naik mendadak pada awal dan akhir setiap tahun. Namun beliau akui berlaku peningkatan kes denggi di pertengahan tahun pada tahun lalu.

Sumber


Recent Posts