Memaparkan catatan dengan label flagship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flagship. Papar semua catatan

Rabu, November 04, 2020

DBP umum padanan istilah flagship

 

Setelah dikecam warga siber bulan lalu ekoran istilah ‘hasut maya’ sebagai padanan untuk perkataan troll, kali ini satu lagi istilah padanan baharu diumumkan.

Menerusi akaun sosial rasmi Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), agensi itu mengumumkan ‘andalan’ sebagai padanan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris, flagship.

Penjelasan yang dimuat naik pentadbir DBP melalui hantaran dalam segmen Peka Bahasa itu menerangkan istilah berkenaan pada kelazimannya diguna pakai bidang perniagaan.

Bagaimanapun hantaran terkini itu tetap mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial berikutan selama ini perkataan flagship sering diterjemahkan sebagai mercu kebanggaan.

Sumber : Kosmo!

Recent Posts