Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 22, 2023

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 bermula 2 Januari 2024


Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 akan dilaksanakan pada 2 hingga 4 Januari dan 8 hingga 11 Januari 2024, melibatkan seramai 4,058 calon berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peperiksaan itu akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, kementerian itu memaklumkan, seramai 824 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan, selain mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan itu.

Sementara itu, KPM juga cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, termasuk banjir sepanjang peperiksaan berkenaan berlangsung.

"Semua calon peperiksaan STAM dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

"Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan Jabatan Pendidikan negeri di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan, akan sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya, termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

KPM juga komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur dan mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera. 

Sumber : BERNAMA

Jumaat, Mei 13, 2022

MPM umum tarikh baharu peperiksaan Semester 2 dan 3 STPM

 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini umumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 baharu.

MPM dalam satu kenyataan berkata peperiksaan Semester 3 STPM 2021, bagi tarikh 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022 akan dipinda kepada 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Peperiksaan ulangan Semester 2 STPM 2021 yang bermula pada 13,14,15 dan 16 Jun 2022 pula akan dipinda kepada 16, 20, 21 dan 22 Jun 2022.

Kalendar dan jadual waktu peperiksaan yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPM diwww.mpm.edu.my

Pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel stpm@mpm.edu.my ataupun menghubungi di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.


Sabtu, April 16, 2022

Menilai murid bukan hanya menerusi peperiksaan

 


Kebelakangan ini terdapat pandangan daripada ibu bapa yang inginkan sistem peperiksaan untuk Tahun Enam dan Tingkatan Tiga dikembalikan susulan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta pembatalan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu.

Malah sebelum ini peperiksaan untuk murid Tahap Satu (iaitu merangkumi Tahun Satu, Dua dan Tiga) juga dimansuhkan.

Antara hujah yang dikemukakan oleh ibu bapa adalah tidak tahu secara tepat pencapaian pembelajaran anak selain kurang memahami bagaimana proses pentaksiran dilakukan oleh guru.

Sememangnya hal ini sangat difahami. Disebabkan kesemua ibu bapa hari ini lahir daripada sistem peperiksaan, kaedah pentaksiran yang dilakukan kini dilihat 'longgar' dalam menilai prestasi anak.

erlebih dahulu kita perlu memahami konsep pentaksiran iaitu adalah kaedah untuk mengetahui atau menguji tahap keupayaan atau penguasaan murid dalam pengajiannya.

Pentaksiran adalah sangat penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Ia adalah nadi dalam pengajaran dan pembelajaran yang baik. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kalangan pendidik untuk memastikan pelajar ditaksir dengan baik dan markah diberikan sesuai dengan prestasi mereka.

Sebelum ini guru menilai prestasi murid dengan kaedah pentaksiran seperti peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan pertengahan tahun di dalam pengajaran mereka. Namun apabila kaedah ini ditiadakan, bukanlah bermakna prestasi pembelajaran murid tidak boleh diukur. Sebaliknya ia masih boleh dibuat dengan adil dan saksama malah lebih baik dengan pelbagai strategi pentaksiran yang lain.

Jadi, jika bukan kaedah peperiksaan, bagaimana guru mentaksir murid? Sebenarnya guru mempunyai banyak teknik pentaksiran. Ia boleh disesuaikan dengan peringkat persekolahan murid supaya mereka akan merasa lebih seronok dengan pembelajaran dan seterusnya kemahiran diri dapat ditingkatkan.

1. Teknik bercerita

Biasanya guru menggunakan teknik ini untuk menilai murid Tahap Satu. Teknik ini umumnya dibuat dengan guru membacakan kisah dongeng daripada sebuah buku kepada murid-murid. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan akan menentukan jalan cerita serta pengakhiran cerita. Guru juga boleh memasukkan sedikit elemen drama ke dalam penceritaan dengan meminta murid melakonkan watak di dalam cerita berkenaan. Guru yang kreatif mungkin akan memasukkan elemen muzik atau menambah alat bantuan mengajar yang lain.

Kaedah pentaksiran boleh dibuat antaranya memecahkan 100 markah itu kepada beberapa bahagian. Misalnya dengan mengambil kira bagaimana murid membuat tugasan itu, apakah cerita yang disampaikan, lontaran suara, aspek lakonan, tempoh persembahan, hubungan dengan penonton, kesesuaian dan mungkin juga prop.

Untuk setiap bahagian itu guru boleh membina tahap pemarkahan yang sesuai dengan kriteria yang ditetapkan. Setiap bahagian itu mungkin membawa markah 20 peratus daripada keseluruhan markah. Pecahkan kepada empat peringkat iaitu, hanya satu markah akan diberi kepada murid tahap awal iaitu mereka yang tidak tahu bercerita dan hanya membaca dari nota sahaja. Tahap sederhana (dua markah) untuk murid yang tahu sebahagian cerita, mengguna nota tetapi kurang yakin dalam penceritaan. Tahap berjaya (tiga markah) akan diberikan kepada murid yang boleh bercerita dengan agak baik, menggunakan hanya sedikit nota dan agak yakin dalam penceritaan. Tahap menjadi contoh (empat markah) pula melihat kepada murid yang tahu bercerita dengan baik, tidak menggunakan nota dan bercerita dengan penuh keyakinan. Empat tahap ini boleh dibina sendiri oleh guru sesuai dengan setiap kriteria yang telah dinyatakan.

2. Memberikan projek mudah

Satu lagi kaedah mentaksir murid boleh dibuat melalui projek mudah. Kaedah ini dapat memberi peluang mematangkan dan mendidik mereka untuk bekerjasama dengan rakan-rakan sebaya. Pembelajaran berasaskan projek ini boleh membabitkan hal mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah.

Misalnya, jika guru hendak melaksanakan pengajaran berasaskan projek untuk Sains Tahun Tiga untuk tajuk 'Cara Tumbuhan Membiak'. Guru boleh menuruti lima langkah iaitu i) menentukan tajuk; ii) merancang pelaksanaan projek; iii) membina jadual prosedur projek; iv) membimbing murid; dan v) mentaksir dan membuat renungan semula. Pemarkahan boleh disediakan berdasar kriteria seperti susun atur projek, kandungan projek, bahan kitar semula yang digunakan, kreativiti projek dan persembahan akhir murid.

Sebenarnya kaedah penilaian murid ini boleh saja dipelbagaikan dengan cara lain termasuk soal jawab (lisan), pemerhatian, bertulis, pentaksiran kendiri serta rakan sebaya.

Semua kaedah itu mampu menggantikan peperiksaan akhir sekiranya guru mahu meningkatkan pelbagai kemahiran murid. Pentaksiran prestasi, portfolio serta penulisan jurnal juga sesuai digunakan. Ini semua dinamakan sebagai pentaksiran alternatif.

Jika menggunakan pentaksiran secara pemerhatian, misalnya, guru mampu mentaksir satu proses atau situasi, sebelum kemudiannya mendokumentasikan apa yang dilihat atau didengar itu. Kaedah ini mampu digunakan dalam menilai hasil kerja murid seperti penghasilan lukisan, buku skrap, kraf tangan dan sebagainya.

Proses ini memberi peluang untuk guru mengesan aspek sikap dan perlakuan murid, kerja amali mereka dan pelbagai kemahiran lain seperti belajar, kinestetik, sosial atau kemahiran mereka cipta.

Malah kaedah itu juga membolehkan murid diberi peluang untuk membuat penambahbaikan setelah memberikan maklum balas atau komen yang konstruktif daripada guru.

Maklum balas yang berlaku di antara guru dan murid adalah satu medium utama untuk mempromosi pembelajaran bermakna (deep learning) dan juga meningkat kemahiran berfikir murid.

Sebenarnya, sudah banyak kajian yang dibuat membuktikan kejayaan pentaksiran alternatif dalam meningkatkan pencapaian murid, asal saja kita mahu melihatnya sebagai jambatan di antara pengajaran dan pembelajaran serta mahu melaksanakannya secara efektif.

Ditulis oleh Nor Hasnida Che Md Ghazali

Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sumber dari Berita Harian


Sabtu, Mac 26, 2022

Sesi kedua SPM pada 5 April - 19 Mei 2022

 


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei 2022 depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan sesi kedua itu merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan Ujian Amali Sains.

Sesi kedua SPM itu diadakan bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan berkenaan yang dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac lalu.

"Calon berkenaan adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan," kata kenyataan itu.

Calon terbabit peperiksaan SPM 2021 sesi kedua itu diingatkan menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan ditetapkan, tarikh, masa, kod serta kertas peperiksaan mulai 1 April ini.

"Semua maklumat itu boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

"Jadual waktu peperiksaan SPM 2021 sesi kedua dan arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my pada 1 April ini.," kata KPM.

KPM juga mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan.

Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 dikeluarkan KPM selain prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara serta KKM. Ketetapan itu bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Menurut jadual yang dikongsi KPM, Ujian Bertutur Bahasa Melayu dijadualkan pada 5 April diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (6 April); Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (pagi 7 April); Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (petang 7 April); Ujian Bertulis (11 April hingga 18 Mei) serta Ujian Amali Sains (19 Mei).

Sumber dari Berita Harian

Ahad, Ogos 15, 2021

Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit W29

 

Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN ONLINE JURUAUDIT W29 pada 19 OGOS 2021 ini?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan JURUAUDIT W29 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan JURUAUDIT W29 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam latest awal SEPTEMBER 2019 lalu dan ini khusus untuk bantu anda pada sesi exam 19 OGOS 2021 ini!

Jangan buang masa, dapatkan sekarang sebelum terlambat di : https://go.semakan.info/juruaudit-w29-41/28

 

 

Ahad, Ogos 08, 2021

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19

 

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM ONLINE Pembantu Tadbir (PERKERANIAN / OPERASI) N19 Pada 12 OGOS 2021 ini?

 

Nota ringkas

Nota ringkas terutama seksyen penyelesaian masalah. Ramai calon dah lupa Matematik SPM kan?

Contoh Soalan

Contoh soalan untuk semua seksyen bagi memudahkan anda faham skop penilaian

 

Jawapan & Huraian

Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan

 

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEMBANTU TADBIR N19 untuk sesi peperiksaan 12 OGOS 2021

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEMBANTU TADBIR ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEMBANTU TADBIR N19 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam latest akhir JULAI 2021 lalu.
 
 
 
 

Rabu, November 26, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2014


SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2014
Tarikh Keputusan UPSR 2014 : 26 November 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan keputusan secara sistem pesanan ringkas MySMS 15888

Semakan guna SMS - Taip : UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

 


Recent Posts