Memaparkan catatan dengan label nasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasa. Papar semua catatan

Selasa, September 27, 2022

Kapal angkasa NASA rempuh asteroid dalam ujian sistem pertahanan planet

 


Kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meluncur melalui sistem suria pada kelajuan hipersonik dan menghentam secara sengaja asteroid.

Ia bermatlamat merealisasikan misi pertama seumpamanya untuk melindungi bumi.

Ia adalah percubaan pertama manusia untuk mengubah gerakan asteroid atau mana-mana badan angkasa, kira-kira 10 bulan selepas DART dilancarkan.

Strim secara langsung menerusi laman web NASA itu menunjukkan imej yang diambil oleh kamera DART, ia meluncur ke arah asteroid Dimorphos yang dianggarkan sebesar stadium bola sepak, sekitar jam 7 malam (2300 GMT) kira-kira 6.8 juta batu (11 juta kilometer) dari bumi.

Misi ini direka untuk menentukan sama ada kapal angkasa mampu mengubah trajektori asteroid melalui daya kinetik, menolaknya dari laluan yang boleh mengundang bahaya kepada bumi.

Sama ada ia berjaya mencapai sasaran diharapkan masih belum diketahui sehingga pemerhatian teleskop lebih lanjut ke atas asteroid dilaksanakan bulan depan.

Bagaimanapun, pegawai NASA memuji hasil eksperimen yang dibuat dan jelas mereka kapal angkasa itu kelihatan berfungsi sebagaimana rekaannya.

DART yang dilancarkan oleh roket SpaceX pada November 2021 melakukan sebahagian besar pelayarannya di bawah bimbingan pengarah penerbangan NASA dengan kawalan diserahkan kepada sistem navigasi autonomi pada jam terakhir perjalanan.

Hasil ujian itu dipantau dalam tempoh hampir sama dari pusat operasi misi di Makmal Fizik Gunaan Universiti Johns Hopkins (APL) di Laurel, Maryland.

Sorakan oleh jurutera di dalam bilik kawalan didengari apabila imej asteroid yang disasarkan semakin besar dan akhirnya memenuhi skrin TV sejurus sebelum isyarat kapal angkasa itu hilang, mengesahkan ia telah berjaya merempuh Dimorphos.

Untuk rekod, misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California. 

Sumber : REUTERS

Khamis, Mei 12, 2016

Teleskop Kepler Nasa Temui 1,284 Planet Baru



Berkemungkinan besar terdapat lebih banyak planet daripada bintang, kata para saintis sekali gus menguatkan harapan penemuan beberapa lagi planet menyerupai bumi.

Teleskop Kepler Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) berjaya menemui 1,284 planet baharu, lebih dua kali ganda daripada jumlah planet yang disahkan ditemui sebelum ini.

Teleskop tersebut telah memantau 150,000 bintang selama empat tahun bagi meneliti jumlah cahaya yang dikeluarkan - kemalapan berkala adalah petunjuk bahawa planet mungkin berada di dalam orbit.

Dari itu, ia mengenal pasti 4,302 exoplanet berpotensi yang mana 1,284 disahkan sebagai lebih daripada 99 peratus semenangnya wujud.

Penemuan itu menjadikan jumlah planet asing yang diketahu kepada 3,200 yang mana 2,325 daripada ditemui oleh teleskop Kepler.

Sebelum teleskop Kepler dilancarkan, kami tidak tahu sama ada exoplanet adalah jarang berlaku atau biasa dalam galaksi. Terima kasih kepada Kepler dan komuniti penyelidikan, kini kita mengetahui mungkin terdapat lebih banyak planet daripada bintang, kata Pengarah Bahagian Astrofizik Nasa, Paul Hertz.

Exoplanet yang beredar mengeliling bintang di luar sistem solar kita adalah petunjuk untuk memahami potensi kehidupan di angkasa lepas.

Para saintis bekerja dalam projek Kepler percaya mungkin ada berpuluh-puluh bilion planet seperti itu.

Kira-kira 550 planet baharu ditemui dianggap mempunyai komposisi berbatu seperti bumi.

Sembilan daripada mempunyai suhu yang membenarkan air di permukaan, syarat penting untuk kehidupan dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 planet.

Ini memberi kita harapan bahawa sesuatu di luar sana iaitu planet lain menyerupai bumi, kata pakar saintis Ellen Stofan.

Recent Posts