Memaparkan catatan dengan label keputusan upu 2023. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan upu 2023. Papar semua catatan

Selasa, Julai 04, 2023

Keputusan permohonan UPU diumum 7 Julai 2023

 


Keputusan permohonan bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi 2023/2024 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan diumumkan Jumaat ini, 7 Julai 2023.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya, berkata keputusan bagi menyambung pengajian di peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2023/2024 itu membabitkan permohonan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan ILKA.

Katanya, keputusan boleh disemak melalui dua platform iaitu secara atas talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my selain melalui aplikasi UPUPocket di telefon pintar.

"Keputusan boleh disemak mulai 7 Julai 2023 (Jumaat), jam 12 tengah hari hingga 16 Julai 2023, jam 5 petang.

"Pengesahan setuju terima atau menolak tawaran bermula pada Sabtu ini hingga 16 Julai 2023 di laman web IPTA dan ILKA," katanya.

KPT berkata, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA kepada calon yang berjaya mulai Sabtu ini selepas mereka membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

Katanya, hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline ® bagi kemasukan ke UA dan politeknik.

"Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 10 hari mulai Jumaat ini, jam 12 tengah hari sehingga 16 Julai, jam 5 petang.

"Sementara rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline ® . https://upu.mohe.gov.my," katanya.

KPKT memaklumkan, tawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA, tidak dibenarkan.

Katanya, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan UPUOnline ® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus di talian 03 – 8684 2363, emel upu@mohe.gov.my, sistem maklum balas, https://jpt.mohe.gov.my maklumbalas/ atau UPUChat di http://upu-chat.ml/UPUChat/.