Memaparkan catatan dengan label dbkl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dbkl. Papar semua catatan

Khamis, April 13, 2023

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

1. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 (Kontrak/Tetap)
2. Pegawai Sains C41 (Kontrak/Tetap)
3. Penolong Pegawai Seni Bina JA29 (Kontrak/Tetap)
4. Penolong Jurutera (Elektrik) JA29 (Kontrak/Tetap) 

Tarikh Tutup : 17 APRIL 2023

Ahad, September 25, 2022

DBKL perkenal surau bergerak

 



Pengunjung program luar di sekitar ibu negara kini lebih mudah menunaikan solat menerusi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

"Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

"Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya 

Pada majlis itu, turut dilancarkan kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.

Ia akan digunakan untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.

"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya membabitkan ancaman haiwan berbisa dan tidak membabitkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera," katanya.

Sumber : BERNAMA

Khamis, Oktober 01, 2020

Kaedah baharu bayar caj parkir DBKL di Kuala Lumpur

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan sekitar ibu negara, mulai 1 Oktober 2020.

Dalam kenyataannya, DBKL memaklumkan, orang ramai boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan DBKL sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan Boost dan Touch n Go e-dompet bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.

"Pada ketika ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.

"Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan itu.

Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur. 

- BERNAMA

Recent Posts