Memaparkan catatan dengan label warisan plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warisan plus. Papar semua catatan

Khamis, September 10, 2020

Senarai calon Warisan Plus PRN Sabah

 

Berikut adalah senarai calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Plus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan bertanding pada Pilihan Raya DUN Sabah. Senarai ini diumumkan oleh Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

1. Banggi: Mohammad Mohamarin

2. Pitas: Sh Azman Sh Along

3. Tanjong Kapor: Chong Chen Bin

4. Bandau: Majamis Timbong

5. Pintasan: Mohd Safian Saludin

6. Usukan: Abd Bahtrin@Abdul Bakhrin Mohd Yusof

7. Sulaman: Datuk Aliasgar Basri

8. Pantai Dalit: Utoh@Rakam Sijim

9. Karambunai: Ahmad Jais Otong

10. Darau: Azhar Matusin

11. Likas: Tan Lee Fatt

12. Luyang: Phoong Jin Zhe

13. Tanjung Aru: Wong Hong Jun @ Datuk Junz Wong

14. Petagas: Awang Ahmad Shah

15. Tanjung Keramat: Rosday@Rosdy Wasli

16. Kapayan: Jannie Lasimbang

17. Moyog: Datuk Darell Leiking

18. Limbahau: Datuk Juil Nuatim

19. Kawang: Musli Sapan@Mushafien

20. Pantai Manis: Datuk Ir Yahiya Awang Kahar

21. Bongawan: Dr Daud Yusof

22. Membakut: Dr Mohd Kamarudin Abd Hamid

23. Lumadan: Ag ku Zaidi Pg Wahab

24. Sindumin: Datuk Dr Yusoff Yacob

25. Kundasang: Siriman @ Mohd Fazid Basir

26. Karanaan: Awasi Ganie@Yasin Abdul Ghani

27. Bingkor: Odom@Peter Dhoms Saili @Soili

28. Liawan: Rasinin Koutis@Kautis

29. Melalap: Datuk Peter Anthony

30. Tulid: Mudi Dubing

31. Sugut: Norsabrina Japar

32. Gum: Gum: Arunarnsin Taib

33. Sg Manila: Dr Mahmud Sudin

34. Sungai Sibuga: Datuk Armani Mahiruddin

35. Sekong: Alias Sani

36. Karamunting: Hiew Vun Zin@George Hiew

37. Elopura: Chong Ket Kiun

38. Tanjong Papat: Poon Ming Fung @ Frankie Poon

39. Lamag: Mohd Ismail Ayob

40. Sukau: Amrah Liwangsa

41. Tungku: Assafal P Alian

42. Segama: Datuk Mohamaddin Ketapi

43. Silam: Dumi Pg Masdal

44. Kunak: Norazlinah Arif

45. Sulabayan: Datuk Dr Jaujan Sambakong

46. Senallang: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

47. Bugaya: Manis Muka Mohd Darah

48. Balung: Andi Rus Diana Andi Paladjareng

49. Apas: Datuk Amrullah Kamal

50. Sri Tanjong: Justin Wong Yung Bin

51. Kukusan: Rina Jainal

52. Tanjung Batu: Mohd Afsar Abdul Latif

53. Merotai: Sarifuddin Hata

54. Sebatik: Hassan A Gani Pg Amir

Senarai calon untuk Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

1.Bengkoka-Junsim Rumunzing

2.Tandek-Padis Majingkin

3.Kadamaian-Datuk Ewon Benedick

4.Kiulu-Datuk Seri Madius Tangau

5.Kuala Penyu-Nelson W Angang

6.Paginatan-Georgina L.George

7.Tambunan-Datuk Dr Nayan Yambu@Laurentius

8.Kemabong-Datuk Dr Lucas Umbul

9.Nabawan-Albert Aguir

10.Telupid-Felix Joseph Sitin

11.Labuk-Dennis Tweening Rantau

12.Kuamut-Benson Inggam

 

Sumber: Harian Metro

 

 

Warisan Plus guna 3 logo

 

Warisan Plus akan menggunakan tiga logo semasa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tiga logo tersebut ialah Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Logo Warisan akan digunakan oleh Warisan sendiri, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) manakala calon UPKO dan PKR akan menggunakan logo masing-masing," katanya ketika mengumumkan perkara demikian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC.


Mohd Shafie berkata, setakat ini Warisan, DAP, UPKO dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi, manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.

Warisan mendapat 46 kerusi, UPKO (12 kerusi), DAP (tujuh kerusi), PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, Warisan Plus mengetengahkan ramai calon baharu terdiri daripada golongan muda bagi menghadapi PRN Sabah kali ini.

Kata beliau, Warisan dan parti komponennya sepakat memilih majoriti muka baharu yang dikira berpengalaman sebagai ilmuan, bekas pentadbir kerajaan, usahawan dalam bidang masing-masing.

"Ini adalah gandingan muka baharu dengan muka lama, sedikit sebanyak membolehkan supaya yang baharu dapat melihat bagaimana kerja oleh orang terdahulu," katanya.

Mengulas mengenai tujuh kerusi DUN yang diberikan kepada PKR, Mohd Shafie berkata, ia adalah berdasarkan keupayaan supaya kemenangan dapat direalisasikan.

"Saya mendapati itu berdasarkan akar umbi, jumlah ahli bahkan dari segi keupayaan mereka untuk memberi sumbangan ke arah kemenangan setiap kerusi yang kita tandingi.

"Oleh itu, rundingan demi rundingan, perbincangan demi perbincangan, persoalannya bukan hanya mengagihkan kerusi kepada mana-mana pihak, ini merupakan untuk membolehkan memenangi pilihan raya," katanya.

Beliau turut menjelaskan, UPKO mendapat kerusi yang banyak kerana parti itu hanya bertanding di Sabah, manakala PKR mempunyai kerusi yang banyak di negeri lain.

"UPKO tidak bertanding di banyak negeri, tidak di Sarawak, Perlis, Kedah atau Selangor, mereka (PKR) jumlah kerusi banyak tapi sekurang-kurangnya kehadiran mereka tidak semestinya jadi calon.

"Kita agihkan penyertaan dalam pemerintahan kerajaan negeri contohnya PKR menjawat jawatan tinggi jadi Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Recent Posts