Memaparkan catatan dengan label lesen memandu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lesen memandu. Papar semua catatan

Selasa, Januari 02, 2024

Perbaharui lesen memandu, cukai jalan guna aplikasi myJPJ mulai Februari 2024

 



Orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), menerusi aplikasi MyJPJ bermula Februari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan hanya membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara)

"Untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika pembaharuan akan menikmati rebat RM5, yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari hingga 31 Disember," katanya selepas mengadakan sesi lawatan ke JPJ Selangor

Inisiatif berkenaan terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).

Inisiatif itu hanya untuk warga tempatan sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas, permit jangka masa panjang, Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) serta Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR).

Dalam pada itu, Anthony berkata, berdasarkan dapatan kajian dan analisa statistik sepanjang 2023, JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi semakin meningkat dengan 7.5 juta pengguna.

Bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigitalan tahun 2024, mereka masih boleh memilih LKM dan LMM fizikal.

"Bagi tujuan penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan dalam bentuk kertas keselamatan.

"Ia akan terus dilaksanakan selepas stok LKM dan LMM fizikal yang lama di cawangan-cawangan atau kiosk JPJ habis.

"LKM yang baharu ini tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan seperti keperluan mengikut Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini, sebaliknya ia disimpan mengikut kesesuaian orang awam.

"Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan pada hari ini adalah usaha MOT dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Sumber : Berita Harian

Sabtu, Oktober 06, 2018

Bayaran ujian komputer lesen memandu diturunkan kepada RM20 tahun 2019




Kos untuk ujian komputer lesen memandu akan diturunkan kepada RM20 bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, kos ketika ini adalah RM27 dan akan dikurangkan sebanyak RM7, berikutan keputusan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan tiga syarikat.

"Kita telah memutuskan untuk membuka ujian berkomputer kepada semua semua institut memandu dengan penggredan tiga bintang dan ke atas, yang menepati kriteria," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Pada masa ini, Loke berkata, 103 pusat pemeriksaan di bawah e-servis menerusi MyEG, KOMMS dan Myspeed, yang menawarkan ujian berkomputer.

Terdapat kira-kira 150 institusi memandu dengan penarafan tiga bintang dan ke atas, berdasarkan kaji selidik 2017.

Loke berkata, polisi baharu itu tidak akan menjejaskan 103 pusat di bawah MyEG, KOMMS dan Myspeed.

"Di bawah sistem baharu ini, kita menjangkakan kira-kira 200 pusat pemeriksaan di seluruh negara, yang akan menjadikan ujian memandu lebih mudah akses untuk orang awam," tambahnya.

- mSTAR

Khamis, Mei 12, 2016

Memandu Tanpa Lesen Akan Didakwa Di Mahkamah


Pihak polis tidak lagi akan berkompromi dengan mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, mereka sudah tidak akan disaman seperti sebelum ini sebaliknya akan terus didakwa di mahkamah.

Ia telah dikuatkuasakan sejak pertengahan bulan April 2016 lepas, tindakan ini diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehingga kini, pihak polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015 di mana dia dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Mereka yang ditahan dan didapati bersalah memandu tanpa lesen berhadapan dengan denda sehingga RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

Recent Posts