Memaparkan catatan dengan label IPGM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPGM. Papar semua catatan

Isnin, Jun 06, 2016

Semakan Keputusan Kemasukan Perguruan Lepasan SPM Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2016



Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan JUN tahun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan di : https://pismp.moe.gov.my/

Tarikh semakan dibuka pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016.

Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program perlu mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Jun 2016.

Jumaat, Mac 11, 2016

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2016



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan untuk mempelawa calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

- Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
- Warganegara Malaysia.  
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.  
- Sihat tubuh badan.  
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.  
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
 i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.  
  - Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online). 
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

CARA MEMOHON:

 1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2016.  
 2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  
 3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
 4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.  
 5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.  
 6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.  
 7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

APPLIKASI PERMOHONAN PISMP 2016 : https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 MAC 2016 (11:59 MALAM)


Recent Posts