Memaparkan catatan dengan label piala malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala malaysia. Papar semua catatan

Ahad, Disember 10, 2023

Kontroversi Pengadil Final Piala Malaysia 2023


Pemilihan pengadil bagi final Piala Malaysia, S Logeswaran kelmarin, disifatkan agak mengejutkan terutama selepas melihat prestasinya sepanjang perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mengundang kritikan pemerhati dan penyokong.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli turut mempersoalkan prestasi pengadil itu yang dilihat seakan teragak-agak dan tidak mampu mengawal permainan dengan baik sekalipun dibantu dengan kelibat beberapa pembantu pengadil pada aksi terbabit.

Pekan berkata, sebagai pengadil yang diberikan penghormatan untuk mengadili final berprestij itu, Logeswaran seharusnya lebih 'garang' dan tidak menunjukkan kelemahannya selaku pengadil.

"Apa yang saya nampak daripada perlawanan final itu, saya nampak pengadil seolah-olah berada dalam keadaan tertekan, kita nampak dia seakan kerisauan dan ketakutan.

"Kita nampak kebimbangannya dalam membuat keputusan yang sepatutnya, mungkin dia risau keputusannya itu tidak akan memuaskan hati mana-mana pihak.

"Tetapi sebagai pengadil yang dipertanggungjawab untuk aksi final, dia seharusnya tidak ragu-ragu dan perlu tegas dengan keputusannya. Kita lihat pun memang ada beberapa keputusan yang kontroversi.

"Merujuk kepada insiden penalti TFC, kita berterima kasih kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan pembantu pengadil tambahan yang digunakan sebagai pilihan untuk mengurangkan tekanan Video Bantuan Pengadil (VAR).

"Kalau tidak, perlawanan akan bertambah buruk dan mencetuskan lebih banyak kontroversi, lebih panas dan lebih hangat," kata Pekan.

Dalam masa sama, Pekan menyatakan pengadil yang kompeten akan tetap dapat mengendalikan perlawanan tanpa kontroversi meskipun tanpa penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

"Final tahun lalu pun tiada VAR tetapi tidak timbul isu. Kalau kita turunkan pengadil yang lemah dan sentiasa membuat keputusan yang tidak baik, penggunaan VAR pun tidak banyak membantu.

"Cuma ini tidak bermakna kita tidak perlu gunakan VAR kerana sudah sampai masanya untuk aksi besar seperti ini. Tetapi kita perlu pastikan pengadil kita benar-benar mantap dan pengadil yang benar-benar terbaik ditugaskan untuk mengadili final.

"Lebih 80,000 penyokong datang daripada jauh untuk menonton perlawanan dan sudah pasti mereka mahukan perlawanan yang adil dan dikelolakan pengadil yang cekap," katanya.

Terdahulu, persembahan Logeswaran dikritik hebat peminat pada aksi final Piala Malaysia selepas didakwa agak berat sebelah khususnya membabitkan sepakan penalti dihadiahkan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

Ini selepas Logeswaran didakwa memberikan penalti yang 'lembut' dan tidak menunggu masa yang lama untuk memberikan penalti kepada JDT susulan kekasaran Azam Azmi Murad ke atas Fernando Forestieri

Namun 'layanan berbeza' diberikan kepada TFC apabila Ivan Mamut dijatuhkan Jordi Amat apabila Logeswaran pada mulanya tidak memberikan sepakan penalti namun pembantu pengadil, Muhammad Farhan Abdul Aziz mengangkat bendera untuk mengesahkan ia adalah penalti.

Malah, Logeswaran juga tidak melayangkan kad merah kepada Jordi Amat selepas pertahanan JDT itu menghalang Mamut daripada menjaringkan gol meskipun menghadiahkan penalti kepada TFC.

Sumber : Berita Harian

Selasa, November 30, 2021

Final Piala Malaysia 2021 KL juara

 

Kuala Lumpur City (KL City) FC menyempurnakan 'kisah dongeng' mereka apabila mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu membolehkan skuad 'Warga Kota' mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Keputusan itu turut menyaksikan JDT meneruskan 'badi' selaku juara bertahan Piala Malaysia apabila Pahang muncul juara bertahan terakhir yang berjaya mengekalkan trofi terbabit pada 2014.

Pada aksi terbabit, Bergson da Silva jelas membuatkan KL City tidak 'senang duduk' kerana sesuatu dirasakan mampu tercetus setiap kali pemain itu memegang bola dan berada dalam kotak penalti.

Hanya dalam 10 minit pertama, pemain dari Brazil itu berpeluang membuka jaringan namun gerakannya ditutup Giancarlo Gallifuoco pada minit ketiga sebelum rembatannya dinafikan palang gol pada minit kelapan.

Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.

Bersambung babak kedua, KL City tidak lagi membenarkan JDT 'menari-nari' dengan bola apabila perlawanan kembali seimbang dan mereka berhasil merencana beberapa gerakan menerusi bahagian sayap.

Ketabahan KL City yang lebih banyak menyerap asakan akhirnya terbalas apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 untuk gol pembukaan buat KL City.

Impian barisan pemain Harimau Selatan untuk kembali dari permainan ranap apabila Farizal Marlias sekali lagi tertewas pada minit ke-74, kali ini menerusi jaringan voli kapten KL City FC, Paulo Josue.

Mendoza juga memastikan malam KL City terus bergaya apabila beraksi seperti 'super hero' pada babak kedua untuk memastikan JDT pulang tanpa sebarang gol.

Sumber : Berita Harian

 

 

Selasa, November 23, 2021

TFC hanya mampu seri dengan JDT

 

Terengganu FC (TFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan membawa pulang bekalan satu gol berharga untuk menjadi pasukan pilihan mara ke final menjelang pusingan timbal balik, Jumaat ini.

Dalam perlawanan di hadapan kira-kira 20,000 penonton itu, skuad Nafuzi Zain terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Jordan Mintah yang menanduk tepat umpanan Lee Tuck pada minit kelapan.

Kelebihan itu bagaimanapun gagal digunakan TFC yang mula hilang punca sehingga menyaksikan sepakan Bergson Da Silva pada minit ke-11 hanya sipi terkena tiang, sebelum percubaan susulan Gonzalo Cabrera tersasar ke sebelah tepi gawang.

JDT terus mengasak hebat kubu tuan rumah selepas itu, namun penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin tetap unggul termasuk berjaya menepis rembatan padu Arif Aiman Hanapi pada minit ke-26.

Peluang terbaik pelawat menjelma pada minit ke-41, namun peluang satu lawan satu gagal disudahkan Bergson untuk mengekalkan kedudukan 1-0 ke bilik persalinan.

Lima minit bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui Bergson yang bijak menghukum kesilapan tuan rumah apabila mudah menewaskan Mohd Suhaimi.

TFC yang tenggelam dalam pertarungan pertama ini cuba melancarkan serangan balas untuk bangkit, namun tandukan Mintah pada minit ke-63 terlalu lemah untuk membolosi gawang bimbingan Benjamin Mora.

Kedudukan kekal 1-1 sehinggalah wisel penamat dibunyikan pengadil.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

KL City, Melaka United terikat di Cheras

 

Melaka United FC meraih bekalan tipis selepas terikat 1-1 dengan KL City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, sebentar tadi.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas sepakan percuma Adriano Narcizo berjaya menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza pada minit kelapan.

KL City bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zhafri Yahya yang menanduk masuk bola hantara kapten, Paulo Josue pada minit ke-26.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutama di babak kedua, namun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan hingga tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan Melaka United yang mengimpikan pentas akhir pertama dalam Piala Malaysia hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini selepas mendapat kelebihan satu gol tempat lawan.

Sumber : Berita Harian

 

Khamis, November 12, 2020

Piala Malaysia 2020 dibatalkan terus



Saingan Piala Malaysia 2020 menjadi mangsa terbaharu COVID-19, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pembatalan kejohanan berprestij itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya harus akur dengan keputusan terbaharu MKN bahawa kerajaan tidak membenarkan Piala Malaysia berlangsung sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

"Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan Piala Malaysia 2020.

"Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL sudah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kejohanan Piala Malaysia yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan. Tetapi, seperti saya katakan, MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

"Justeru, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti disarankan oleh pihak kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan MKN menolak rayuan MFL untuk meneruskan saingan Piala Malaysia sepanjang tempoh PKPB.

Selain itu, Ab Ghani menjelaskan keputusan membatalkan saingan Piala Malaysia terpaksa dilakukan kerana tidak boleh lagi menangguhkan kejohanan itu ke bulan lain selepas kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

"Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh Piala Malaysia di mana pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

"Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang membenarkan saingan Liga Malaysia seperti Liga Super dan Liga Perdana dijalankan sebelum ini," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Recent Posts