Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

Selasa, Disember 13, 2022

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (TD) 2023

 


Permohonan adalah dipelawa daripada Waragenara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Tentera Darat Siri 197 2023) adalah dipelawa memohon jawatan kosong terkini di Tentera Darat Malaysia (TD) sepertimana berikut.

1. Perajurit Muda Tentera Darat (Lelaki/ Wanita) Tahun 2023

Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

SYARAT ASAS PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).

3. Penglihatan -
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
5. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.


SYARAT FIZIKAL

Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0
SYARAT AKADEMIK

1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
KELAYAKAN TAMBAHAN

1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

1. Pemeriksaan Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan:
  • Larian 2.4 KM - 14 minit
  • Tekan Tubi - 40 kali
  • Bangkit Tubi - 45 kali
3. Ujian Bertulis:
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Psikologi
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]

2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
[Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]

6. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan
KEMUDAHAN
  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman
CARA MEMOHON

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

Pendaftaran Baru/Daftar Masuk - https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

Jom Masuk Tentera - https://jmt.mod.gov.my/

PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.

2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2022 (SABTU)

Selasa, Februari 23, 2016

Pengambilan Pegawai Kadet ATM (UPNM) 2016

PENGAMBILAN PEGAWAI KADET UPNM TAHUN 2016

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. 

Iklan Pengambilan Pegawai Atm Ke UPNM 2016 by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN   

http://army.mod.gov.my/index.php/bm/maklumat/penerbitan/publikasi-rujukan/file/205-sesi-pengambilan-pegawai-kadet-upnm-tahun-2016


Rabu, September 09, 2015

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia ATM - Sep 2015

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai :

- Pegawai Kadet Graduan 
(Menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Untuk mengetahui lebih lanjut dan memohon secara online, sila klik di sini.


Tarikh tutup permohonan : 24 September 2015
Penempatan : Seluruh Malaysia






Recent Posts