Memaparkan catatan dengan label gangguan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gangguan. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 04, 2020

Celcom alami masalah teknikal

 

Syarikat telekomunikasi negara, Celcom mengalami masalah teknikal hari ini sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada jutaan pengguna.

Celcom bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah teknikal itu.

“Para pelanggan di beberapa kawasan di seluruh negara mungkin mendapati perkhidmatan data dan suara terkesan akibat isu teknikal yang sedang kami alami.

“Pasukan teknikal kami sedang bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Ramai pelanggan Celcom meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial sehingga tanda pagar #Celcom trending nombor satu mengalahkan #MPPUPSI.

Celcom sediakan data percuma 6 jam

Celcom akan menyediakan data secara percuma selama enam jam kepada penggunanya dengan tidak menolak penggunaan data daripada kuota langganan bermula 6 petang hingga 12 malam ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat telekomunikasi itu berkata, ia sebagai token penghargaan atas kesabaran para pelanggan.

Terdahulu, rangkaian itu mengalami insiden teknikal sehingga mengganggu penggunaan panggilan, sistem pesanan ringkas, dan internet di seluruh negara.

“Semua perkhidmatan berjaya dipulihkan secara berkala pukul 6 petang tadi.

“Kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang dialami, memandangkan mereka tidak boleh membuat panggilan dan mengakses internet,” menurut kenyataan itu. 

Sumber : Kosmo!

 

Recent Posts