Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Isnin, Jun 19, 2023

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun 2023

 


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi," menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini. 

Sumber - BERNAMA

Ahad, September 13, 2015

Hari Raya Aidiladha 1436H jatuh pada 24 September 2015


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 24 September 2015, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkannya pada malam Ahad.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 September 2015. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Recent Posts