Memaparkan catatan dengan label kp29. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kp29. Papar semua catatan

Ahad, Februari 06, 2022

Contoh Soalan Exam Online Penolong Penguatkuasa KP29



Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM ONLINE PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 Sesi 10 FEBRUARI 2022 ini?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PENGUAT KUASA KP29 sesi FEBRUARI 2022

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2022 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST pada JANUARI lalu.

Anda boleh dapatkan pakej ini di : https://go.semakan.info/penguatkuasakp29/28

 

Selasa, Julai 27, 2021

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

 


  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
      3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
      4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
      5. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
    3. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
      1. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
      2. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).
    4. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
      1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Kementerian Dalam Negeri
      Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
    2. Kementerian Pengangkutan
      Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
    3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
      Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
    4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
      Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

     

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguatkuasa KP29

 

Exam PENOLONG PENGUATKUASA KP29 yang dijadualkan pada 3 OGOS 2021. Format peperiksaan hanya 2 Seksyen sahaja. 

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29 Pada 3 OGOS 2021 ini?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan dan Panduan Menjawab di  https://go.infotambahan.com/penguatkuasakp29/28

 

 

Recent Posts