Memaparkan catatan dengan label Pegawai Psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pegawai Psikologi. Papar semua catatan

Selasa, Julai 10, 2012

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan bidang psikologi, bidang teknologi maklumat & komunikasi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, dan lain-lain perkembangan semasa.

Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan dalam bidang psikologi yang sepatutnya diketahui oleh calon-calon yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

BAHAGIAN II - PSIKOLOGI
Penaksiran Personaliti
Masa - 45 minit
Bilangan soalan - 185 soalan

Isnin, Julai 09, 2012

JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian /Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:
P1 : RM1,908.45 - RM5,466.95
P2 : RM2,015.37 - RM5,781.39
P3 : RM2,127.01 - RM6,122.73

Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,521.70 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,828.32 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan seperti di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

Selasa, Julai 03, 2012

SPA Perkenal Dua Dasar Baru Bagi Permohonan Ke Perkhidmatan Awam



Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa 1 Julai 2012, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.

Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.

Laman Web Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) : http://www.spa.gov.my

- BERNAMA


PANDUAN LENGKAP SOALAN PEPERIKSAAN PTD

Anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 di : http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my

Recent Posts