Memaparkan catatan dengan label merentas daerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merentas daerah. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 14, 2021

Tidak perlu kebenaran polis jika ada temu janji doktor

 

Polis memberi jaminan individu yang perlu merentas negeri atau daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi temu janji doktor tidak perlu memohon kebenaran polis.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman, berkata kebenaran sama juga terpakai bagi individu yang perlu merentas negeri atau daerah untuk tujuan mendapatkan suntikan vaksin.

"Jelas dalam prosedur operasi standard (SOP), individu yang memerlukan rawatan, termasuk untuk proses vaksinasi tidak perlu surat kebenaran polis. Hanya tunjukkan bukti sama ada MySejahtera atau surat temu janji dengan hospital.

"Kalau menghadapi masalah, kami mempunyai talian hotline dan talian bilik gerakan yang beroperasi 24 jam," katanya di sini hari ini.

Beliau ditanya isu kekeliruan orang awam kerana pesakit yang mempunyai temu janji doktor, ditahan di sekatan jalan raya.

Sebelum ini, seorang individu menyatakan menerusi laman Facebook beliau dia mempunyai temu janji doktor kerana menghidap Limfoma Hodgkin Tahap 4 tetapi ditahan di sekatan jalan raya dan hampir disaman, ketika dalam perjalanan ke hospital di Kuala Lumpur. 

Che Zakaria memberi jaminan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku, khususnya di Negeri Sembilan.

Sumber : Berita Harian