Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thailand. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 23, 2023

Srettha Thavisin Perdana Menteri baharu Thailand

 


Wakil parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, hari ini disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu.

Srettha, seorang jutawan hartanah yang dianggap muka baharu dalam politik selepas mula berkecimpung hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, melepasi 375 undi yang diperlukan bagi menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.Kebuntuan selama tiga bulan itu berakhir pada hari yang sama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, pulang daripada buangan.

Srettha, bekas presiden syarikat pembangunan hartanah Sansiri, kini bertanggungjawab membentuk kerajaan merangkumi gabungan pelbagai parti yang rapuh termasuk parti penyokong Raja dan tentera, yang sebelum ini menggulingkan kerajaan pimpinan Pheu Thai melalui rampasan kuasa pada 2006 dan 2014.

Antara yang menjadi mangsa ialah Thaksin, yang juga bekas hartawan telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Liga Premier, yang melarikan diri dan hidup dalam buangan kendiri sebelum dihukum penjara pada 2008 kerana salah guna kuasa.

Kerajaan ditadbir adiknya, Yingluck Shinawatra, selaku Perdana Menteri turut menerima nasib sama akibat rampasan kuasa tentera pada 2014.

Thaksin, 74, menerima sambutan meriah sejurus tiba di lapangan terbang Bangkok hari ini sebelum ditahan polis untuk dibawa ke Mahkamah Agung dan kemudian ke penjara bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun.

Kepulangannya, yang secara kebetulan bersamaan dengan pelantikan Srettha mencetuskan spekulasi Thaksin mungkin terbabit dalam rundingan dengan seteru lamanya dalam kalangan pemimpin tentera bagi memastikan hukumannya dipendekkan.

Bagaimanapun, Thaksin dan Pheu Thai menafikan andaian itu.

Perkembangan hari ini adalah yang terbaru dalam episod hampir dua dekad perebutan kuasa antara Pheu Thai, yang memenangi lima PRU, dan gandingan parti konservatif, jeneral tentera serta golongan elit Thailand yang sudah lama menguasai politik dan ekonomi negara itu.

Srettha diisytiharkan sebagai calon Perdana Menteri Pheu Thai, bersama anak bongsu Thaksin, Paetongtarn Shinawatra, selepas PRU 14 Mei lalu, yang mana parti itu muncul sebagai pemenang kedua terbesar.

Usaha awal Pheu Thai membentuk pakatan dengan pemenang terbesar PRU, Parti Move Forward (MFP) dan lapan parti lain gagal selepas mendapat tentangan hebat parti konservatif dan anggota Senat yang dikuasai tentera.

Sumber : AGENSI

Khamis, Disember 30, 2021

Thailand belasah Indonesia 4-0

 

Gelaran 'Raja Bolasepak Asia Tenggara' hampir berada dalam genggaman Thailand selepas juara lima kali itu membenam Indonesia 4-0 pada aksi final pertama Piala AFF 2020..

'Messi Thailand', Chanathip Songkrasin yang cemerlang pada separuh akhir terus menjadi pemusnah apabila dua jaringannya membantu skuad 'Gajah Perang' memiliki kelebihan besar menuju ke final kedua, Sabtu ini.

Pada aksi di Stadium Nasional Singapura itu, Thailand bermula garang apabila hanya memerlukan dua minit untuk mendahului menerusi Chanathip.

Hantaran Philip Roller disambut dengan baik oleh kapten Thailand itu sebelum percubaannya yang menerjah gawang gol Indonesia hanya mampu dilihat Nadeo Argawinata.

Permainan pantas Thailand yang kerap kali bergerak menerusi bahagian sayap sentiasa mengancam Indonesia dan mereka nyaris melebarkan jurang pada minit ke-13.

Hantaran lintang daripada sebelah sayap kiri Thailand menemui Bordin Phala namun volinya dihalang Asnawi Mangkualam di depan pintu gol Indonesia sebelum tandukan susulan Elias Dolah melewati palang.

Anak buah Shin Tae Yong mensia-siakan peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit ke-40 apabila percubaan Alfeandra Dewangga yang hanya berdepan Siwarak Tedsungnoen melambung tinggi.

Bersambung babak kedua, Indonesia yang sedang mengancam kubu Thailand terpaku dengan serangan balas pantas Thailand yang disudahkan oleh Chanathip untuk gol kedua mereka pada minit ke-51.

Selepas percubaan penjaring terbanyak Indonesia, Irfan Jaya pada minit ke-61 diselamatkan Siwarak, Thailand beroleh gol ketiga enam minit berselang menerusi Supachok Sarachat disusuli gol keempat oleh Bordin (m83).

Sumber : Berita Harian

 

 

Rabu, April 23, 2008

Bahasa Melayu -> Bahasa Thai




Kata Asas : sub-peun-tarn (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Ya = chai * Tidak = mai-chai/mai-oua * Terima kasih = kob-khun * Terima kasih banyak2 = kob-khun-mark * Sama-sama = mai-pen-rai * Silakan = ka-ru-na * Maafkan saya = kor-tose/kor-a-nu-yart * Hai = sa-wat-dee * Selamat tinggal = lar-korn * Sungguh lama = narn/yao-narn * Selamat pagi = sa-was-dee-torn-chao * Selamat tengahari = sa-was-dee-torn-bai * Selamat petang = sa-was-dee-torn-khum * Selamat malam = ra-tree-sa-was * Saya tidak faham = chan-mai-kao-jai (p) pom-mai-kao-jai (l) * Macamana anda sebut ini dalam [B.Melayu]? = khun-ja-pood-nee-pen-[pa-sa-ang-glish]-wa-young-lai? * Adakah anda bercakap ... = khun-pood ...? * B.Inggeris = pa-sa-ang-krit * Perancis = ps-sa-fa-rang-sez * Jerman = ps-sa-yer-re-man * Sepanyol = ps-sa-spain * Cina = ps-sa-jeen * Saya= chan (f), phom (m) * Kami = puak-lao * Kamu (seorang, tak formal) = khun * Kamu (seorang, formal) = khun * Kamu (ramai) = khun * Mereka = puak-kao * Siapa nama kamu? = khun-cheu-ar-rai * Gembira bertemu anda = dee-jai-tee-dai-pob-khun * Apa khabar? = khun-sa-bai-dee-mai? * Baik = dee * Kurang baik = mai-dee * Isteri = pun-la-ya * Suami = sa-mee * Anak perempuan = look-sao * Anak lelaki = look-chai * Mak = mae * Ayah = por * Kawan = phuan Nombor : tua-lek (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * kosong = soon * satu = neung * dua = sorng * tiga= sarm * empat = see * lima = ha * enam = hok * tujuh = jed * lapan = pad * sembilan = kao * sepuluh = sib * sebelas = sib-ed * dua belas = sib-sorng * tiga belas = sib-sarm * empat belas = sib-see * lima belas = sib-ha * enam belas = sib-hok * tujuh belas = sib-jed * lapan belas = sib-pad * sembilan belas = sib-kao * dua puluh = yee-sib * dua puluh satu = yee-sib-ed * tiga puluh = sarm-sib * empat puluh = see-sib * lima puluh = ha-sib * enam puluh = hok-sib * tujuh puluh = jed-sib * lapan puluh = pad-sib * sembilan puluh = kao-sib * seratus = neung-roy * seribu= neung-pan * satu juta = neung-larn Membeli-belah/Makan malam: jub-jai/ar-harn (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Berapakah harganya? = nee-la-ka-tao-lai? * Apakah ini? = nee-keu-ar-rai? * Saya akan membelinya = shun-ja-seu-mun * Saya hendak beli... = shun-tong-karn-ja-seu * Adakah anda ada ... = khun-mee-...-reu-plao? * Anda terima kad kredit? = khun-rub-brat-credit-reu-plao? * Buka = peut * Tutup = pid * Poskad = praj-sa-nie-brat * Setem = sataem * Sedikit = nit-noi * Banyak = maak * Semua = thung-mode * Sarapan = ar-harn-chao * Makan tengahari = a-haan-tiang * Makan malam = ar-harn-yen * Makan sayur = mung-sa-vi-rat, kin-ahaan-tjee * Sila bawakan bil = khep-tang, check-bill * Roti = ka-nom-pang * Minuman = kreung-deum * Kopi = ca-fae * Teh = naam-chaa * Jus = naam-pom-la-mai * Air = naam * Garam = klua * Lada = prig-thai * Ayam = neur-sat * Daging = neur-vouv * Ikan = neur-plaa * Sayur = phak * Buah = pom-la-mai * Ubi kentang = man-fa-rang * Salad = salad * Pembasuh mulut = kong-wang * Aiskrim = ice cream Melancong : tong-tiew (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Di mana ...? = ...-you-tee-nai? * Berapakah tambangnya? = ka-douy-sarn-tao-rai? * Tiket = tua * Satu tiket ke ... = pai...neung-tee * Ke mana anda nak pergi? = khun-kum-rung-pai-nai? * Di mana anda tinggal? = khun-you-tee-nai * Keretapi = rod-fai * Bas = rod-may * Keretapi bawah tanah = rod-fai-tai-din * Lapangan terbang = sa-narm-bin * Stesen keretapi = sa-tarn-nee-rod-fai * Stesen bas = pai-rod-may * Stesen keretapi bawah tanah = sa-tarn-nee-rod-fai-tai-din * Berlepas = ork-pai * Ketibaan = ma-teung * Agensi sewa kereta = bor-ri-sat-rod-chao * Tempat letak kereta = tee-jord-rod * Hotel = rong-ram * Bilik = hong * Tempahan = jong * Adakah ada kekosongan malam ni? = imee-hong-wang-sum-rub-keun-nee-mai? * Tiada kekosongan = mai-mee-hong-wang * Pasport = passport, nangsue-deun-thaang Arah : shee-tang (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Kiri = saaj * Kanan = khwaa * Terus = trong * Atas = keun * Bawah = long * Jauh = klaj * Dekat = klaj * Panjang = yao * Pendek = sun * Peta = phaen-tie * Maklumat pelancong = kor-moon-sum-rub-huk-tong-tiew Tempat : sa-tarn-tee (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Pejabat pos = tee-tum-karn-plai-sa-nee * Muzium = pi-pit-ta-pan * Bank = ta-na-karn * Balai polis = sa-thaan-nie-tam-roewat * Hospital = rong-pa-ya-barn * Farmasi = ran-kai-ya * Kedai = ran-kai-kong * Restoran = raan-ahaan * Sekolah= rong-rien * Bilik rehat = hong-naam * Jalan = ta-nonn * Medan / dataran = ja-tu-rus * Gunung = pou-kao * Bukit = teurk-kao * Lembah = hoob-kao * Laut = ma-ha-sa-moot * Tasik = ta-le-sarp * Sungai = mae-nam * Kolam renang = A sa-waaj-naam * Menara = teuk * Jambatan = sa-parn Masa dan tarikh: we-la-lae-wan (Bahasa Melayu = pa-sa-thai) * Pukul berapa sekarang? = nee-va-la-ar-rai? Kie-mong? * 7:13, Tujuh tiga belas = jed-mong-sib-sarm * 3:15, Tiga lima belas = sarm-mong-sib-ha * 11:30, Sebelas setengah = sib-ed-mong-sarm-sib * 1:45, Satu empat puluh lima = neung-mong-see-sib-ha * Hari = wan * Minggu= sub-pa-daa * Bulan = deun * Tahun = pee * Isnin = wan-tjan * Selasa = wan-ang-kaan * Rabu = wan-phoet * Khamis = wan-pha-ru-hat-sa-boh-die * Jumaat = wan-sook * Sabtu = wan-sao * Ahad = wan-ar-tit * Januari = mak-ka-ra-kom * Februari = koem-phaa-phan * Mac = mee-na-kom * April = me-saa-jon * Mei = phut-sa-phaa-khom * Jun = mi-tu-na-yon * Julai = ka-rak-ka-da-kom * Ogos = sing-ha-kom * September = kun-ya-yon * Oktober = tu-la-kom * November = phut-sa-tji-kaa-jon * Disember = than-waa-khom * Musim bunga = reu-doo-bai-mai-pli * Musim panas = reu-doo-ron * Musim luruh = ru-doe-baj-maj-roewang * Musim sejuk = reu-doo-nao * Hari ini = wan-nee * Semalam = mua-waan-nie * Esok = phroeng-nie * Hari lahir = wan-kert * Selamat Hari Lahir! = sook-san-wan-kert!

Recent Posts