Memaparkan catatan dengan label IJN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IJN. Papar semua catatan

Khamis, Februari 29, 2024

KKM nafi pesara dikeluar dari IJN untuk jimat kos


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya Institut Jantung Negara (IJN) telah mendiscaj keluar semua penjawat awam dan pesara sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos.
Semalam, portal berita kesihatan CodeBlue menerbitkan surat daripada seorang pesara yang tidak dinamakan yang mendakwa dikeluarkan dari IJN selepas menerima penjagaan rapi.

Penulis mendakwa dia diberitahu oleh doktor di institut jantung itu bahawa mereka mengikut arahan Kementerian Kesihatan supaya penjawat awam dan pesara dibenarkan keluar ke pusat jantung kerajaan.

"Ini bukan kali pertama dan yang terakhir saya memberikan respons kepada isu berulang ini. IJN dan  KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

“Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan 'kesesakan dan masa menunggu yang lama' Pusat Jantung KKM (cth. Pusat Jantung Serdang).

“Kami mempunyai 10 hospital yang mempunyai perkhidmatan kardiologi dan tujuh termasuk mempunyai perkhidmatan surgeri kardiotorasik.KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada MOF (Kementerian Kewangan)," kata Dzulkefly dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, katanya, bagi memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan discaj setelah keadaan mereka stabil ke pusat jantung KKM yang lain.
Dzulkefly turut melampirkan kenyataan KKM dalam hantarannya yang menjelaskan bahawa pesakit yang dirujuk terus dipantau selama enam bulan hingga satu tahun jika mereka adalah dewasa dan satu hingga dua tahun jika mereka adalah kanak-kanak.
"Pendekatan strategik ini membolehkan kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, dan memaksimumkan keberkesanan kos," kata KKM.

Menteri itu juga memberi jaminan bahawa pusat jantung KKM diuruskan oleh pakar kardiologi dan pakar bedah kardiotoraks yang bereputasi dan bertauliah.

“Paling penting, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara kerajaan,” tambahnya.
Sumber : Malaysiakini

Recent Posts