Memaparkan catatan dengan label mohon spa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mohon spa. Papar semua catatan

Selasa, Mei 23, 2023

SPA terima 1.28 juta permohonan, lebih 20,000 jawatan diisi

 


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sejumlah 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap ke jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana pada tahun 2022.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, daripada jumlah permohonan itu, seramai 20,762 pemohon dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan mengikut kelayakan masing-masing.

Katanya, semua pemohon terlibat diterima masuk melalui sistem permohonan dalam talian iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9).

“Proses memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam ini telah dijalankan sepenuhnya secara digital (dalam talian) sejak 2017.

“Bila digital, tiada istilah ‘guna kabel’ sebab sistem yang dibangunkan ini sudah tentu tidak akan menipu,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.

Sebelum ini, SPA menyifatkan peralihan sepenuhnya ke sistem permohonan secara digital merupakan kaedah terbaik bagi menepis persepsi penggunaan ‘kabel’ dalam perkhidmatan awam seperti didakwa sesetengah pihak.

Sejak 2017, permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam adalah menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) sebelum digantikan sepenuhnya dengan SPA9 pada September 2020.

Mengulas lanjut, katanya, bagi lantikan kontrak pula, sebanyak 27,163 pemohon dilantik ke pelbagai jawatan berstatus kontrak antaranya Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. 

Sumber : KOSMO! 

Recent Posts