Memaparkan catatan dengan label dr maslee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dr maslee. Papar semua catatan

Selasa, Mac 21, 2023

Dr Maszlee kembali menjadi pensyarah

 


Bekas Menteri Pendidikan, Prof Dr Maszlee Malik kembali ke dunia akademik sebagai tenaga pengajar selepas beberapa tahun meninggalkan bidang itu.

Berdasarkan perkongsian di laman media sosial miliknya hari ini, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam dilantik menjadi pensyarah di Universiti Cyberjaya.

Berita itu dikongsi olehnya di laman Instagram, dengan menzahirkan rasa syukur terhadap pelantikannya sebagai pensyarah di universiti berkenaan.

"Kembali mengajar. Terima kasih University of Cyberjaya atas kepercayaan yang diberikan.

"Saya akan mengajar berkaitan dengan kemanusiaan dan pendidikan," katanya dalam satu hantaran pada hari ini.

Sebelum menyertai politik, Maszlee adalah pensyarah di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) dan pada 2018, ketika era pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun beliau kemudiannya mengumumkan perletakan jawatan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa pada 3 Januari 2020.

Beliau sebelum itu memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Difahamkan, Maszlee mempelajari bidang Fiqh dan Usu al-Fiqh bagi kedua-dua ijazah terbabit.

Dalam pada itu, Maszlee turut melanjutkan pengajiannya di School of Governments and International Affairs di Universiti Durham, United Kingdom pada 2007.

Pada 2011, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang 'Good Governance'.

Maszlee juga dilaporkan pernah menjawat jawatan presiden ketujuh UIAM yang berpusat di Gombak, Selangor.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts