Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 25, 2023

Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda

 


Koleksi sebuah perpustakaan lama dari Selangor tersimpan jauh di bandar tua Deventer, utara Belanda sejak 1971.

Mendedahkan hal itu, Ketua Bahagian Asia Tenggara, British Library, London, Datuk Dr Annabel Teh Gallop, berkata koleksi yang mengandungi 72 manuskrip terdiri daripada 45 kitab berbentuk naskhah berjilid dan 27 pucuk surat adalah milik Tengku Panglima Besar Tun Sayid Jafar Ba' Alawi atau lebih dikenali sebagai Sayid Jafar.

"Koleksi itu kini disimpan di sebuah perpustakaan, Athenaeumbibliotheek di sebuah bangunan bersejarah. Manuskrip yang tertua dalam koleksi ini dipercayai dihasilkan pada 1603.

"Koleksi berkenaan dianggap sangat penting untuk Sayid Jafar kerana beliau sanggup membakar perpustakaan miliknya daripada jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784," katanya ketika memberi syarahan 'Perpustakaan di Negeri Selangor Kurun Ke-18: Koleksi Buku Panglima Besar Tengku Sayid Jafar' anjuran Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), baru-baru ini.

Gallop berkata, daripada keseluruhan 72 manuskrip, berkemungkinan hanya 28 jilid besar buku berasal daripada koleksi Sayid Jafar sementara naskhah lain termasuk surat dan kertas mungkin diperoleh ketika berlakunya Perang Selangor-Belanda.

Tambahnya Perang Selangor- Belanda berlaku ketika Selangor menawan kembali Melaka yang ketika itu dikuasai Belanda. Sultan Kedua Selangor, Sultan Ibrahim menyerang Melaka dengan bantuan bapa saudaranya, Raja Haji yang membawa angkatan perang dari Riau. Dalam peperangan itu, Raja Haji terbunuh di Teluk Ketapang sementara Sultan Ibrahim berundur kembali ke Kuala Selangor.

"Armada Belanda kemudiannya mengejar ke Kuala Selangor. Namun disebabkan pantai Selangor berlumpur, usaha untuk mendarat agak sukar.

"Selepas dua minggu barulah dapat naik ke darat dan mengukuhkan kedudukan mereka sebelum dapat menakluk Kota Kuala Selangor. Sultan Ibrahim dan orang-orangnya pun berundur ke Hulu Selangor lalu masuk ke Pahang untuk mendapatkan bantuan.

"Disebabkan penaklukan itulah Belanda dapat merampas sejumlah manuskrip Melayu lama lalu dibawa ke Belanda," katanya.

Gallop berkata, keseluruhan koleksi berbentuk buku ditulis dalam bahasa Arab sementara himpunan surat dan kitab kecil dikarang menggunakan bahasa Melayu. Bagaimanapun ada beberapa manuskrip buku kecil dan catatan yang ditulis dengan bahasa dan aksara Bugis.

Gallop menyifatkan penemuan koleksi Sayid Jafar itu sangat menarik dan menimbulkan kebarangkalian terdapat juga manuskrip lain dari alam Melayu disimpan di situ.

"Ada yang berasal daripada Aceh, Indonesia kerana ia disertakan maklumat lengkap misalnya di mana ia disalin selain turut dicatatkan nama penyalin dan nama pemiliknya," katanya.

Bagaimanapun tegas Gallop, penemuan koleksi itu tidak boleh dianggap baharu kerana ia sudahpun dikatalogkan sejak 1792 walaupun ditulis dengan tangan.

Katanya, dalam katalog lama susunan koleksi dibuat mengikut bahasa, misalnya semua koleksi berbahasa Melayu akan dihimpunkan bersama.

"Koleksi perpustakaan Sayid Jafar ini memfokuskan ilmu Islam, jadi walaupun ada dalam bahasa Melayu namun majoritinya dalam bahasa Arab.

"Koleksi di Deventer itu turut menyimpan dua mushaf al-Quran. Salah satu ciri yang jelas mushaf ini dihasilkan di Aceh berdasarkan tata letak teks dan tulisan tangan.

"Sebelum ini kami sudah menemui empat mushaf al-Quran lain masing-masing di Aceh, Rotterdam di Belanda dan Vienna, Austria yang dipercayai ditulis oleh orang yang sama kerana tulisannya serupa.

"Hanya satu sahaja mushaf yang saya yakin disalin di Selangor kerana ia masih belum selesai ketika dibawa ke Belanda, ada sekitar enam hingga tujuh halaman sahaja," katanya.

Apa yang menarik katanya, dalam koleksi di Deventer itu terdapat juga buku nahu bahasa Arab, Al-Fawa'id Al Wafiya Fi Hall Mushkilat al Kafiya. Hal ini tegas Gallop menjelaskan orang Melayu satu ketika dulu banyak mengkaji bahasa Arab.

Tambah Gallop, satu-satunya manuskrip kesusasteraan yang ada dalam koleksi itu adalah karya epik berbahasa Bugis iaitu La Galigo.

Namun satu hal yang menarik, meskipun ia disimpan di Deventer, semua koleksi itu kini sudah didigitalkan dan boleh diakses umum.

Gallop berkata, Sayid Jafar datang daripada keluarga keturunan Arab Hadrami yang berasal dari Riau, Indonesia. Bapanya, Sayid Sharif Hassan manakala ibunya, Tengku Puteh adalah anak Raja Kecil di Siak. Sayid Jafar kemudiannya berkahwin dengan Tengku Embong anak Sultan Siak, Mahmud Shah.

Kata Gallop mengikut dokumentasi sejarah, Tengku Embong pernah bernikah dengan Raja Mohd Ali sebelum mengahwini Sayid Jafar.

"Hal ini menjadi sebab mengapa Siak kemudiannya berpihak kepada Belanda ketika menentang Selangor adalah kerana rasa dengki dan amarah Raja Mohd Ali terhadap Sayid Jafar yang berkahwin dengan bekas isterinya.

"Gelaran penuh Sayid Jafar hanya diketahui menerusi dua surat yang dihantar kepada Gabenor Pulau Pinang, Francis Light.

"Malah menerusi surat itu juga pengkaji mengetahui bahawa Sayid Jafar adalah seorang yang berketurunan Arab Hadrami," katanya.

Sumber : Berita Harian

Khamis, Julai 27, 2023

Senarai 132 calon Perikatan Nasional (PN) di Selangor, Pulau Pinang, Kedah

 


Perikatan Nasional (PN) mengumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Secara keseluruhan, PN akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai calon yang akan mewakili PN untuk tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang diumumkan.

SELANGOR

Di Selangor, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu bertanding di 56 kerusi dengan BERSATU akan diwakili 21 calon, diikuti PAS (17), GERAKAN (lapan) serta 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu.

Dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Harun antara nama besar dipertaruhkan sebagai calon, masing-masing di DUN Hulu Kelang dan DUN Batu Tiga.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh, pula diumum bertanding di DUN Dengkil sementara anak bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani, dinamakan sebagai calon di DUN Permatang.

N.01 Sungai Air Tawar - Mohamad Zaidi Bin Selamat

N.02 Sabak - Sallehen Bin Mukhyi

N.03 Sungai Panjang - Mohd Razali Bin Saari

N.04 Sekinchan - Goh Gaik Meng

N.05 Hulu Bernam - Mu'Izzuddeen Bin Mahyuddin

N.06 Kuala Kubu Baharu - Teoh Kien Hong

N.07 Batang Kali - Muhammad Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

N.08 Sungai Burong - Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

N.09 Permatang - Nurul Syazwani Binti Noh

N.10 Bukit Melawati - Noorazley Bin Yahya

N.11 Ijok - Jefri Bin Mejan

N.12 Jeram - Harrison Bin Hassan

N.13 Kuang - Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

N.14 Rawang - Rejean Kumar A/L Ranam

N.15 Taman Templer - Zaidy Bin Abdul Talib

N.16 Sungai Tua - Muhammad Hanif Bin Jamaluddin

N.17 Gombak Setia - Muhammad Hilman Bin Idham

N.18 Hulu Kelang - Mohamed Azmin Bin Ali

N.19 Bukit Antarabangsa - Sasha Lyna Binti Abdul Latif

N.20 Lembah Jaya - Sharifah Haslizah Binti Syed Ariffin

N.21 Pandan Indah - Fazil Bin Mohamad

N.22 Teratai - Chew Han Keai

N.23 Dusun Tua - Azhar Bin Hambali

N.24 Semenyih - Nushi Bin Mahfodz

N.25 Kajang - Liew Sin Kim

N.26 Sungai Ramal - Mohd Shafie Bin Ngah

N.27 Balakong - Lai Choon Wen

N.28 Seri Kembangan - Chen Win Keong

N.29 Seri Serdang - Mohd Shukor Bin Mustaffa

N.30 Kinrara - Wong Yong Kang

N.31 Subang Jaya - Gana Pragasam A/L Sebastian

N.32 Seri Setia - Mohd Zubir Bin Embong

N.33 Taman Medan - Afif Bin Bahardin

N.34 Bukit Gasing - Nallan A/L Dhanabalan

N.35 Kampung Tunku - Chin Yoke Kheng

N.36 Bandar Utama - Nur Aliff Bin Mohd Tafid

N.37 Bukit Lanjan - Muniraa Binti Abu Bakar

N.38 Paya Jaras - Ab Halim Bin Tamuri

N.39 Kota Damansara - Mohd Radzlan Bin Jalaludin

N.40 Kota Anggerik - Mohamed Sukri Bin Omar

N.41 Batu Tiga - Rina Binti Mohd Harun

N.42 Meru - Hasnizam Bin Adham

N.43 Sementa - Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

N.44 Selat Klang - Abdul Rashid Bin Asari

N.45 Bandar Baru Klang - Tan Seng Huat

N.46 Pelabuhan Klang - Wan Hasrina Binti Wan Hassan

N.47 Pandamaran - Gunalan A/L Balakrishnan

N.48 Sentosa - Parameswaran A/L Ganason

N.49 Sungai Kandis - Wan Dzahanurin Bin Ahmad

N.50 Kota Kemuning - Chew Jyh Gang

N.51 Sijangkang - Ahmad Yunus Bin Hairi

N.52 Banting - Saravanan A/L Mutto Krishnan

N.53 Morib - Rosnizan Bin Ahmad

N.54 Tanjong - Sepat Sabirin Bin Marsono

N.55 Dengkil - Jamil Bin Salleh

N.56 Sungai Pelek - Suhaimi Bin Mohd Ghazali

Calon PN bergambar bersama pada Pengisytiharan Calon PRN Pulau Pinang malam ini. - BERNAMA
Calon PN bergambar bersama pada Pengisytiharan Calon PRN Pulau Pinang malam ini. - BERNAMA

PULAU PINANG

Di Pulau Pinang, GERAKAN mendominasi senarai calon dengan bertanding di 19 kerusi, diikuti PAS dengan tujuh kerusi dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) (tiga), BERSATU (tujuh) dan Bersatu-Bersekutu (empat).

N1 Penaga - Mohd Yusni Mat Piah (PAS)

N2 Bertam - Khaliq Mehtab Mohd Isyaq (Bersatu)

N3 Pinang Tunggal - Bukhori Ghazali (PAS)

N4 Permatang Berangan - Mohd Sobri Salleh (PAS)

N5 Sungai Dua - Muhammad Fauzi Yusoff (PAS)

N6 Telok Ayer Tawar - Azmi Alang (Bersatu)

N7 Sungai Puyu - Teoh Chin Siang (PAS-DHPP)

N8 Bagan Jermal - Ong Chuan Jin (Bersatu-Bersekutu)

N9 Bagan Dalam - Jayaraman K Kunchu Kannu (PAS-DHPP)

N10 Seberang Jaya - Izhar Shah Arif Shah (Bersatu)

N11 Permatang Pasir - Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim (PAS)

N12 Penanti - Zulkefli Bakar (Bersatu)

N13 Berapit - Lee Kok Keong (Gerakan)

N14 Machang Bubuk - Tan Hum Wei (Gerakan)

N15 Padang Lalang - Suresh Devaraj Naidu (Bersatu-Bersekutu)

N16 Perai - Sivasuntaram Rajalinggam (Gerakan)

N17 Bukit Tengah - Baljit Singh Jigiri Singh (Gerakan)

N18 Bukit Tambun - Tan Gia Wei (Gerakan)

N19 Jawi - Koh Tien Yew (PAS-DHPP)

N20 Sungai Bakap - Nor Zamri Latiff (PAS)

N21 Sungai Acheh - Zulkifli Ibrahim (Bersatu)

N22 Tanjong Bunga - Hng Chee Wey (Gerakan)

N23 Air Putih - Kong Cheng Ann (Gerakan)

N24 Kebun Bunga - Tan Zhen Zune (Gerakan)

N25 Pulau Tikus - Tang Ching Sern (Gerakan)

N26 Padang Kota - H'ng Khoon Leng (Gerakan)

N27 Pengkalan Kota - Suthakaran Subramaniam (Gerakan)

N28 Komtar - Cheah Kim Huat (Bersatu-Bersekutu)

N29 Datok Keramat - Heng See Lin (Gerakan)

N30 Sungai Pinang - Ng Fook On (Gerakan)

N31 Batu Lancang - Mohd Aswaad Jaafar (Gerakan)

N32 Seri Delima - Mohan Apparoo (Bersatu-Bersekutu)

N33 Air Itam - Cheang Chee Gooi (Gerakan)

N34 Paya Terubong - Ooi Ghee Un (Gerakan)

N35 Batu Uban - Mok Kok On (Gerakan)

N36 Pantai Jerejak - Oh Tong Keong (Gerakan)

N37 Batu Maung - Azahari Aris (Bersatu)

N38 Bayan Lepas - Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)

N39 Pulau Betong - Mohamad Shukor Zakariah (PAS)

N40 Telok Bahang - Muhamad Kasim (Bersatu)


Barisan calon PN untuk PRN Kedah. - BERNAMA

KEDAH

Di Kedah, PN mempertaruhkan 23 muka baharu termasuk berlatarbelakangkan akademik dan sukan.

Komposisi calon di Kedah ialah PAS akan bertanding di 21 kerusi DUN, diikuti 12 melalui BERSATU dan tiga GERAKAN.

Antara yang mencuri tumpuan adalah dua tokoh akademik iaitu bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Haim Hilman yang dicalonkan di kerusi DUN Jitra dan Prof Dr Muhammad Suffian Yusoff di DUN Bandar Baharu.

Dua tokoh dalam bidang sukan pula iaitu pemain bola sepak Baddrol Bakhtiar yang mewakili pasukan Kedah sebelum berhijrah ke Sabah FC yang dicalonkan di Gurun, manakala bekas pemain bola sepak profesional, Radhi Mat Din di DUN Alor Mengkudu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mempertahankan kerusi disandangnya sebelum ini iaitu DUN Jeneri.

N01 Ayer Hangat - Shamsilah Binti Siru

N02 Kuah - Amar Pared Bin Mahamud

N03 Kota Siputeh - Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir

N04 Ayer Hitam - Azhar Bin Ibrahim

N05 Bukit Kayu Hitam - Halimaton Shaadiah Saad

N06 Jitra - Haim Hilman Bin Abdullah

N07 Kuala Nerang - Mohamad Yusoff Bin Zakaria

N08 Pedu - Mohd Radzi Bin Md Amin

N09 Bukit Lada - Salim Bin Mahmood

N10 Bukit Pinang - Romani Bin Wan Salin

N11 Derga - Muhamad Amri Bin Wahab

N12 Suka Menanti - Dzowahir Bin Ab Ghani

N13 Kota Darul Aman - Chuah See Seng

N14 Alor Mengkudu - Muhamad Radhi Bin Mat Din

N15 Anak Bukit - Rashidi Bin Razak

N16 Kubang Rotan - Mohd Salleh Bin Saidin

N17 Pengkalan Kundor - Mardhiyyah Binti Johari

N18 Tokai Mohd Hayati Bin Othman

N19 Sungai Tiang - Abdul Razak Bin Khamis

N20 Sungai Limau - Mohd Azam Bin Abd Samat

N21 Guar Chempedak - Abdul Ghafar Bin Saad

N22 Gurun - Baddrol Bin Bakhtiar

N23 Belantek - Ahmad Bin Sulaiman

N24 Jeneri - Muhammad Sanusi Bin Md Nor

N25 Bukit Selambau - Azizan Bin Hamzah

N26 Tanjong Dawai - Hanif Bin Ghazali

N27 Pantai Merdeka - Sharir Bin Long

N28 Bakar Arang - Tai Kuang Tee

N29 Sidam - Juliana Binti Abdul Ghani

N30 Bayu - Mohd Taufik Bin Yaacob

N31 Kupang - Najmi Bin Hj Ahmad

N32 Kuala Ketil - Mansor Bin Zakaria

N33 Merbau Pulas - Siti Ashah Binti Ghazali

N34 Lunas - Khairul Anuar Bin Ramli

N35 Kulim - Wong Chia Zhen

N36 Bandar Baharu - Mohd Suffian Bin Yusoff

Jumaat, Oktober 02, 2020

Warga Lembah Klang lebih suka menyewa

 

Permintaan kediaman sewa di seluruh negara telah menurun sebanyak 5.6 peratus bagi separuh pertama tahun ini ekoran penularan wabak Covid-19.

Pengurus Besar Penyelesaian Data Pengguna REA Group Asia, iProperty.com.my, Premendran Pathmanathan berkata, bagi tempoh tersebut, hartanah ber­tingkat tinggi lebih berpotensi untuk memperoleh hasil sewa yang lebih baik berbanding rumah teres.

“Situasi tidak menentu ekoran penularan Covid-19 membuatkan ramai pencari kediaman mempertimbangkan untuk menyewa dan bukannya membeli rumah.

“Oleh kerana kemampuan membeli hartanah merupakan satu isu dalam pasaran sekarang maka kediaman sewa menawarkan penyelesaian sementara bagi keperluan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Analitik Permintaan Hartanah (pasaran sewa) bagi separuh pertama tahun 2020 yang dikeluarkan di sini semalam.

Kondominium merekodkan hasil sewa sebanyak 4.17 peratus dan ia merupakan jenis hartanah yang paling popular dalam kalangan penyewa.

Hasil sewa bagi kediaman servis bertambah sebanyak 4.03 peratus, manakala rumah teres pula mencatatkan hasil sebanyak 3.43 peratus.

Premendran me­nerangkan, pengguna kini berminat dengan kediaman yang menawarkan sewa antara RM1,500 ke RM2,000 sebulan.

Selain itu, menurut laporan berkenaan, permintaan tinggi tertumpu di Taman Tun Dr Ismail diikuti oleh Wangsa Maju, Damansara Heights, Pantai, Sentul, Setapak, Jalan Ipoh, Sungai Besi dan Bangsar.

Kadar sewa purata tertinggi adalah di Damansara Heights dengan nilai sewaan RM6,000, Mont Kiara (RM4,500), KL Sentral, Desa Park City (RM4,000) dan Bangsar (RM3,500).

Nilai purata sewa terendah di Kuala Lumpur ialah Jalan Ku­ching pada kadar RM1,300.
Kawasan tumpuan di Selangor ialah di Bangi, Klang, Sunway, Rawang, Shah Alam, Setia Alam, Semenyih, Glenmarie, Damansara Damai dan Petaling Jaya.

Kadar purata sewa tertinggi di Selangor ialah di Mu­tiara Damansara dengan tawaran RM2,900 sebulan manakala kadar sewa terendah iaitu di Semenyih pada harga purata RM900 sebulan.

Sumber : Kosmo!

 

 

Ahad, Ogos 25, 2019

Jawatan Kosong di Institut Kemajuan & Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) - 28 Ogos 2019


Jawatan Kosong di Institut Kemajuan & Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
2. Penolong Pegawai Operasi N29
3. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
4. Pembantu Operasi

IKLAN JAWATAN
https://drive.google.com/open?id=1JGb51rq1fKxaaoEwywr4BIMgiLE4guYr

Tarikh Tutup : 28 Ogos 2019

 

Sabtu, Mei 23, 2015

Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 25 Mei 2015

Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 25 Mei 2015

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :
– Eksekutif (lelaki) N41
– Penyelia N27
– Penyelia (lelaki) N27
– Pemandu (lelaki) R3

Iklan Jawatan:
http://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=268:4-jawatan-kosong-kini-dibuka&catid=35:notisterkini&Itemid=79

Borang Permohonan::
http://www.yayasanselangor.org.my/images/borang/jawatan2.pdf

Cara Memohon

Pemohon juga hendaklah menghantar ‘resume’ beserta borang permohonan perjawatan di Bahagian Sumber Manusia & Latihan. Pemohon yang masih berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Bahagian dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN)

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Khamis, Mac 19, 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015


Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015

Permohonan dipelawa daripada warganebara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) seperti berikut:

- Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred Ja29
- Penolong Jurutera (Awam) Gred Ja29
- Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27
- Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
- Pembantu Tadbir (Undang-undang) Gred L17

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
http://www.mdks.gov.my/web/guest/e-jawatan

Tarikh Tutup : 25 Mac 2015



Jumaat, Februari 13, 2015

Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015


Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015

Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai:
- Pengajar (Elektrik) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Elektronik Industri) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pengajar (Juruteknik Automotif) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Pengurusan Hotel) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pegawai Kerani Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Pelancongan & Perhotelan) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Jahitan Pakaian) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Pegawai Kerani (Pekerja Khidmat Sangkut) – (3 Kekosongan)

Maklumat Lanjut:
http://www.perhebat.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=574%3Aiklan-jawatan-kosong-di-perhebat&catid=43%3Apeluang-kerjaya&Itemid=88&lang=bm

Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran passport kepada:

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAR, Kem Sungai Buloh
Peri Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor
(U.P: Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran)
 


Selasa, Februari 10, 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015



Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup ilkan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat seperti berikut:

- Pembantu Operasi Gred N11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11

Calon yang berminat mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat perlu menghantar permohonan kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor

Iklan Jawatan Kosong:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/da873945-411a-4d8e-ae95-22e7401c29e3

Borang Permohonan:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/58c4fe53-4c1e-4afe-b630-fd4ab6cd03c4

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 15 Februari 2015
 

Khamis, Ogos 07, 2014

Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 10 Ogos 2014





Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai:

1. Pengarah Keselamatan KP48
2. Pegawai Tadbir (Jaringan Industri) N48
3. Pegawai Tadbir (Pusat Pembangunan UPNM) N44
4. Penolong Juruukur Bahan JA29
5. Penolong Pustakawan S27
6. Pembantu Laut A17
7. Pembantu Makmal C17
8. Penjaga Jentera Elektrik J17
9. Penyelia Asrama N17
10. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
11. Pemandu Kenderaan H11
12. Pengawal Keselamatan KP11

Iklan Jawatan Kosong:
http://erecruitment.upnm.edu.my/Iklan/2014-26Jul-10Ogos2014/IklanJulai2014.pdf

Syarat Kelayakan:
http://erecruitment.upnm.edu.my/Iklan/2014-26Jul-10Ogos2014/SyaratBukanAkademikJulai%202014.pdf

Borang Permohonan Online:
http://erecruitment.upnm.edu.my/

Tarikh tutup : 10 Ogos 2014





Jumaat, Jun 13, 2014

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014


Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di sektor kerajaan di PPUKM sebagai:

1. Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
2. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
3. Pegawai Tadbir N41
4. Pembantu Awam H11
5. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Penolong Akauntan W27
9. Penolong Jurutera JA29
10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

 


Khamis, Mei 29, 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 08 Jun 2014



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai:

1. Penolong Pegawai Pertaniaan
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
3. Penolong Pustakawan
4. Penolong Pegawai Senibina
5. Pengasuh Kanak Kanak

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
https://ocps.mpsj.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_379fd4a0-a020f414-1f95cce0-5c77a7d6





Sabtu, Mei 17, 2014

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - 20 Mei 2014


Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - 20 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) sebagai:

1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera JA29
2. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N27
3. Penjaga Jentera Elektrik J17
4. Pembantu Kemahiran H17

Iklan Jawatan:
http://ejawatan.mardi.gov.my/

Borang Permohonan:
http://ejawatan.mardi.gov.my/

 
 

Isnin, Ogos 26, 2013

Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - Tarikh Tutup : 9 Sep 2013

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG AKAUNTAN
4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
6. PEMBANTU PENYELIDIK
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU TADBIR (P/O)
9. PEMANDU KENDERAAN
10. PEKERJA AWAM

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/1260-permohonan-jawatan-kosong-mpob-20-ogos-9-sept-2013
dan
http://onlinejob.mpob.gov.my/onlinejob/Penempatan.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://onlinejob.mpob.gov.my/onlinejob/jaw_kosong.php

Tarikh Tutup : 9 September 2013




Selasa, Ogos 20, 2013

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - Tarikh Tutup : 27 Ogos 2013

JAWATAN:
1. ARKITEK
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
3. JURUTERA
4. PEKERJA AWAM
5. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR
6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
9. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
10. RENJER HUTAN
11. PEMBANTU TADBIR (BELIP)
12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
13. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
14. PEMBANTU PENILAIAN
15. PEMBANTU TADBIR

IKLAN JAWATAN:
http://www.mbpj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=102ec682-2e8c-4a98-8b11-e12f4ff6d623&groupId=785268

Tarikh Tutup : 27 Ogos 2013


Khamis, Ogos 08, 2013

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang - Tarikh Tutup : 16 Ogos 2013

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Pembantu Kesihatan Awam U17
3. Juruteknik J17
4. Juruteknik Lanskap J17
5. Pemandu Kenderaan R3
6. Tukang K2 R11

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpsepang.gov.my/pengumuman/-/asset_publisher/4Z9d/content/jawatan-kosong-majlis-perbandaran-sepang-ogos-?redirect=http%3a%2f%2fwww.mpsepang.gov.my%2fpengumuman%3fp_p_id%3d101_INSTANCE_4Z9d%26p_p_lifecycle%3d0%26p_p_state%3dnormal%26p_p_mode%3dview%26p_p_col_id%3dcolumn-32%26p_p_col_count%3d2

Tarikh Tutup : 16 Ogos 2013


Rabu, Ogos 07, 2013

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - Tarikh Tutup : 15 Ogos 2013

JAWATAN:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG Gred L41
2. JURUTERA Gred J41
3. PEKERJA AWAM Gred R1

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8cc14991-7ef5-45fe-90ca-a2ca53e3c339&groupId=98565

Tarikh Tutup : 15 Ogos 2013

Jumaat, Ogos 02, 2013

Jumaat, Julai 12, 2013

Selasa, Julai 09, 2013

Jawatan Kosong Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia - Tarikh Tutup : 14 Julai 2013

JAWATAN:
1. JURUTEKNIK J17
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
3. PEGAWAI KEWANGAN W41
4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
5. PEGAWAI PERGIGIAN U41
6. PEGAWAI TADBIR N41
7. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
9. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41

IKLAN JAWATAN:
https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

Tarikh Tutup : 14 Julai 2013



Recent Posts