Memaparkan catatan dengan label kebenaran polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebenaran polis. Papar semua catatan

Khamis, November 16, 2023

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YT1 PDRM 2023

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan bertaraf TETAP di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepertimana berikut.

Bil.Jawatan dan GredTerbuka KepadaTarafTarikh MulaTarikh Tutup
1.Konstabel Polis Gred YT1Lelaki/ WanitaTetap14 Nov 202330 Nov 2023

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA) PDRM

Syarat Permohonan

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup permohonan secara atas talian;

c) Kelayakan Akademik
Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM 1,220.00].

(i) Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan
Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
- Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh syarat minimum PMR & PT3 :

MATA PELAJARANPMR (GRED)PT3 (GRED)
Bahasa MelayuCC
Bahasa Melayu (Lisan)C
MatematikDE
Tiga (3) mata pelajaran lainDE

Kelayakan Fizikal

d) Pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut : 

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 kg/m hingga 26 kg;
iv) Ukuran lilit dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (Kerajaan).

Gaji Dan Faedah

i) Gaji Permulaan RM 1,220.00 
ii) Elaun Khidmat
iii) Elaun Sara Hidup / Bayaran Insentif Wilayah 
iv) Bayaran Insentif Khas PDRM
v) Elaun Perumahan
vi) Lain-Lain Elaun Mengikut Jabatan

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di :
  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Pegawai-pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Sokongan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Catatan Am
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Pemohon yang memalsukan maklumat akan disenarai hitam.
Perhatian

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Permohonan jawatan secara online di e-Pengambilan PDRM sila klik disini

Sabtu, Ogos 14, 2021

Tidak perlu kebenaran polis jika ada temu janji doktor

 

Polis memberi jaminan individu yang perlu merentas negeri atau daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi temu janji doktor tidak perlu memohon kebenaran polis.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman, berkata kebenaran sama juga terpakai bagi individu yang perlu merentas negeri atau daerah untuk tujuan mendapatkan suntikan vaksin.

"Jelas dalam prosedur operasi standard (SOP), individu yang memerlukan rawatan, termasuk untuk proses vaksinasi tidak perlu surat kebenaran polis. Hanya tunjukkan bukti sama ada MySejahtera atau surat temu janji dengan hospital.

"Kalau menghadapi masalah, kami mempunyai talian hotline dan talian bilik gerakan yang beroperasi 24 jam," katanya di sini hari ini.

Beliau ditanya isu kekeliruan orang awam kerana pesakit yang mempunyai temu janji doktor, ditahan di sekatan jalan raya.

Sebelum ini, seorang individu menyatakan menerusi laman Facebook beliau dia mempunyai temu janji doktor kerana menghidap Limfoma Hodgkin Tahap 4 tetapi ditahan di sekatan jalan raya dan hampir disaman, ketika dalam perjalanan ke hospital di Kuala Lumpur. 

Che Zakaria memberi jaminan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku, khususnya di Negeri Sembilan.

Sumber : Berita Harian

 

Recent Posts