Memaparkan catatan dengan label Penolong Juruaudit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penolong Juruaudit. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 17, 2013

TIPS TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27



Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Dapatkan sekarang di : http://bit.ly/examn29

Oleh MUHABIR BIN IBRAHIM

Saya kongsikan beberapa tips untuk semua calon-calon untuk Temuduga Penolong Pegawai Tadbir ;

#1 Jika anda seorang graduan, tunjukkan kebolehan dan pengetahuan anda setanding dengan ijazah yang anda miliki. Jangan sekali-kali biarkan panel penemuduga mempunyai persepsi bahawa prestasi anda sama sahaja dengan calon-calon yang lain.

#2 Jika anda calon yang sedang berkhidmat, berikan tanggapan yang meyakinkan bahawa seolah-olah anda sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27. Jawap semua soalan temuduga atas kepercayaan bahawa anda sedang menjawat jawatan tersebut.

#3 Jika anda calon 'fresh', jangan mempunyai persepsi negatif mahupun rendah diri. Tunjukkan kemampuan anda melebihi tahap umur dan kelayakan akademik anda. Pamerkan semangat dan tenaga muda anda yang kuat. Berikan harapan kepada panel bahawa anda adalah calon terbaik yang mesti dipilih. Berikan idea kreatif dan jalan penyelesaian yang kreatif yang akan menguntungkan organisasi. Ambil masa untuk mengkaji kelemahan dalam organisasi awam dan beriakan jalan penyelesaian.

#4 Tugas kerjaya ini rencam sifatnya. Umumnya anda akan diberikan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat, sumber manusia, kewangan dan sebagainya bergantung kepada penempatan anda. Namun, anda juga boleh diberikan tugas selain dari yang dinyatakan di atas seperti pengurusan harta, aset, majlis, penerbitan, dasar dan pelbagai lagi.

#5 Bagi tujuan temuduga, bacaan wajib yang disarankan termasuklah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Arahan Perbendaharan dan Perlembagaan Persekutuan. Panel suka bertanya soalan isu semasa yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan awam; contohnya isu jenayah jalanan yang menimbulkan perasaan tidak selamat kepada rakyat. Apa peranan yang perlu dilakukan oleh perkhidmatan awam (PDRM).

#6 Jika anda masih mempunyai banyak masa lagi, pergi bertemu ramah dengan penyandang kerjaya tersebut tidak kurang 10 orang. Tanya pengalaman dan nasihat mereka. Minta mereka tunjuk atau ajarkan bagaimana mereka melakukan tugas mereka. Jika boleh, biar anda yang lakukan dengan penyeliaan mereka. Di penghujung cerita, anda sudah pun mempunyai pengalaman 10 orang Penolong Pegawai Tadbir.

#7 Contoh Soalan Sikap atau Personaliti;
"Apa yang saudara/i lakukan selepas tamat pengajian sehingga hari ini memandangkan sudara/i telah tamat pengajian 7 bulan lepas"

Jika jawapannya "tidak melakukan apa-apa" ia menunjukkan calon seorang yang tidak ada inisiatif dan sifat berdikari. Ini bermakna, bila bekerja seseorang itu berkemungkinan tidak proaktif atau pasif. Hanya suka menunggu dan tidak ada daya usaha sendiri. Sudah tentu panel tidak tertarik.

#8 Contoh soalan mengenai pengetahuan;

"Apakah mekanisme luaran jabatan yang sedia ada bagi mengawal dan memastikan peruntukan kewangan dbelanjakan dengan berhemat dan mengikut peraturan kewangan"

Oleh kerana seseorang Penolong Pegawai Tadbir terlibat dalam pengurusan jabatan, beliau perlu mengetahui peranan 'semak dan imbang' yang dilakukan oleh jabatan akauntan negara, jabatan audit negara, suruhanjaya pencegahan rasuah dan jawatankuasa kira-kira wang awam.

#9 Contoh soalan mengenai kemahiran dan pengalaman,

"Bagaimanakah pengalaman saudara/i sebagai jurujual boleh membantu dalam melaksanakan tugas jawatan yang dimohon ini? Saya nampak macam tidak berkaitan (cuba buat provokasi)

Walaupun memang tugas Penolong Pegawai Tadbir tidak ada kaitan dengan jualan secara langsung, calon boleh menekankan mengenai kompetensi umum yang perlu ada pada setiap pekerja seperti kemahiran berkomunikasi, menetapkan sasaran, kemahiran persembahan dan sebagainya yang merupakan skill utama seorang jurujual.

Selamat Berjaya!

Hak Cipta © Muhabir Bin Ibrahim 2013


RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN - KLIK DI SINI


Info Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Dapatkan Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29 di : http://bit.ly/examn29




 

 



Rabu, Mei 15, 2013

FORMAT DAN CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PENOLONG JURUAUDIT W27


FORMAT DAN CONTOH SOALAN EXAM PENOLONG JURUAUDIT W27

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 40 minit
Soalan : 50


Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.


Jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri dibahagi kepada dua jenis iaitu:

A.  Jabatan Negeri dan Jabatan Pusat
B.  Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah
C.  Jabatan Negeri dan cawangan Jabatan Persekutuan
D.  Jabatan Persekutuan dan Jabatan daerah
E.  Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri




SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Apakah nombor seterusnya dalam susunan berikut:

266, 196, 256, 169, x

A.  512
B.  72
C.  147
D.  256




TIPS MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan dan 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Calon hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat.

(c) Bagi tujuan merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja.


“Selamat Maju Jaya”









Ahad, Mei 12, 2013

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W27



FORMAT DAN CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PENOLONG JURUAUDIT W27




Jawatan : Penolong Juruaudit Gred W27 

Kumpulan: Sokongan    
       
Kem/Jab: Jabatan Audit Negara    
         
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,366.27        RM4,433.07          RM145.00
 
Syarat Lantikan:    
   
-  Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

- Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan: RM1,892.68 ]

-  lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
   
          i.     mempunyai kelayakan di atas; atau    
          ii.     lulus Peperiksaan Khas; dan    
          iii.     berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.    
         
Deskripsi Tugas:    
- Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.    
                           


Recent Posts