Memaparkan catatan dengan label whatsapp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label whatsapp. Papar semua catatan

Khamis, November 17, 2022

WhatsApp kini boleh digunakan pada dua telefon Android

 


Aplikasi pesanan ringkas segera popular, Whatsapp akan membenarkan pengguna versi beta memuatkan akaun mereka ke ke telefon pintar android kedua atau tablet.

GSM Arena dalam laporannya berkata, Whatsapp membenarkan pengguna memuatkan sehingga empat telefon android ke akaun utama mereka dan mereka boleh mengakses semua ciri lazim dalam aplikasi itu berkenaan.

"Whatsapp beta terbaharu untuk android versi 2.22.24.18 menyediakan mod 'Companion' yang membolehkan pengguna memuatkan telefon kedua ke akaun utama.

"Pengguna versi beta boleh mengaktifkan mod Companion dan ke memilih menu pada skrin pendaftaran dan klik pada 'pautkan peranti'," kata GSM Arena.

Bagaimanapun, ciri berkenaan yang diberikan kepada sesetengah pengguna beta sahaja buat masa ini, manakala penawaran secara meluas akan dibuat pada masa akan datang.

Versi beta terbaharu itu juga membolehkan penggunaan memuatkan aplikasi berkenaan ke tablet android.

Buat masa ini ciri itu, katanya, hanya tersedia untuk penguji beta.

Sumber : Berita Harian

Sabtu, November 04, 2017

Perkhidmatan Whatsapp tergendala



Aplikasi Whatsapp yang menjadi jaringan komunikasi masyarakat seluruh dunia mengalami masalah gangguan.

Rata-rata pengguna aplikasi itu melahirkan rasa terkejut dan panik dengan permasalahan tersebut yang berlaku hampir satu jam bermula antara pukul 4.00 petang Jumaat, 3 November 2017.

Bagaimanapun, aplikasi yang wajib dimiliki setiap masyarakat dunia itu kembali pulih pada pukul 5.00 petang.

Tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai punca berlakunya gangguan itu.


Jumaat, Mac 11, 2016

Telefon pintar lama tidak lagi boleh guna WhatsApp



Aplikasi mesej, WhatsApp mengumumkan bahawa pihaknya akan menamatkan perkhidmatan melibatkan beberapa sistem operasi telefon pintar lama menjelang akhir tahun ini.

Langkah itu melibatkan telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi BlackBerry OS termasuk BlackBerry 10, Nokia S40 dan Symbian S60, Android 2.1 (Eclair) serta 2.2 (Froyo) di samping platform Windows 7.1.

Pengguna sistem operasi itu tidak akan dapat menggunakan WhatsApp melainkan mereka bertukar kepada platform lebih baharu menjelang hujung tahun ini.

Bagaimanapun, versi lebih baharu Android termasuk pemprosesan 2.3 (Gingerbread) atau lebih tinggi masih boleh digunakan untuk menghantar dan menerima mesej WhatsApp.

Menurut syarikat berkenaan, sistem operasi lama itu tidak lagi sesuai dengan pembangunan aplikasi WhatsApp yang semakin canggih.

WhatsApp juga mahu memberi tumpuan kepada versi baharu Android, iOS dan Windows yang kini digunakan oleh sebahagian besar pemilik telefon pintar.

Apabila aplikasi mesej itu dilancarkan pada 2009, lebih 70 peratus telefon pintar masih menggunakan sistem operasi BlackBerry dan Nokia.

- Kosmo!

Recent Posts