Memaparkan catatan dengan label artis wany. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis wany. Papar semua catatan

Jumaat, April 08, 2022

Wany nikah tahun ini

 



Penyanyi Menahan Rindu, Wany Hasrita, 30, memberi bayangan mendirikan rumah tangga, tahun ini.

Enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati banyak pihak, Wany berkata, dia akan berkongsi kisah perkahwinannya apabila tiba masa yang sesuai.

"Setiap orang mempunyai perancangan berkahwin, begitu juga saya. Insya-Allah, tahun ini tetapi bukan dalam masa terdekat, tempoh sebulan atau dua bulan ini.

"Apabila kad kahwin sudah keluar berserta tarikh, masa dan tempat ditetapkan, saya pasti akan berkongsi. Jangan risau, saya akan kongsi dahulu, barulah berkahwin.

"Sebab perkara ini juga masih baru. Untuk cakap lebih-lebih, saya pun takut sebab banyak hati dan perkara perlu dijaga.

"Saya mahu menjaga sebaik mungkin, biar berjalan dengan baik," katanya kepada BH Online.

Wany turut merahsiakan tarikh dirinya dirisik dan bertunang bagi menghormati pihak yang terbabit.

"Soal merisik dan bertunang, biar saya sahaja yang tahu. Disebabkan cuba sedaya upaya menghormati pelbagai pihak, tetapi kalau nikah, kami akan beritahu," katanya.

Wany menjawab pertanyaan media berkaitan dakwaannya sudah melangsungkan majlis pernikahan, Sabtu lalu.

Tambah Wany, dia terkejut dengan dakwaan itu, lantas menafikannya.

"Tidak, saya belum berkahwin lagi. Sabtu lalu, saya mengacarakan program Borak Dulu Baru Buka," katanya.

Dedah Wany, dia sudah menghadiri kursus perkahwinan sejak tahun lalu lagi.

Justeru, mengulas majlis perkahwinannya, Wany berkata, impiannya untuk mengadakan majlis sederhana.

"Tidaklah 'mega', mungkin akan dihadiri keluarga terdekat. Walaupun sudah masuk fasa endemik, saya rasa kita masih perlu menjaga diri.

"Saya suka 'intimate' jika membabitkan majlis pernikahan. Tetapi, saya tetap akan jemput media," katanya.

Mencuit mengenai bakal suaminya, Wany mengakui, dia berharap bertemu jodoh dengan seseorang yang bukan berkecimpung dalam industri hiburan.

"Saya punya impian untuk berkahwin dengan seseorang yang bukan bekerja dalam industri. Jadi, jika ada jodoh, tercapailah impian itu.

"Jujurnya, apabila berkawan, memang niat ke arah itu memandangkan saya juga sudah berusia 30 tahun. Jadi, fasa main-main sudah berlalu, sekarang ini niat kena betul, iaitu mahu berkahwin.

"Berkahwin untuk ke syurga bersama-sama, insya-Allah. Itu sahaja yang boleh dikongsikan.

"Untuk pertanyaan berapa lama sudah berkawan, siapa namanya, persiapan dan sebagainya, saya akan beritahu apabila tiba masa," katanya.

Wany ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Armani Entertainment, semalam.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Canggung ini berkata, dia kini sibuk mengacarakan program terbitan RTM, Borak Dulu Baru Buka.

"Selama 30 hari ini, saya berbuka dalam studio, kerana saya mengacarakan program Borak Dulu Baru Buka dari jam 7 sehingga 8 malam di TV1.

"Programnya sangat santai, di mana setiap hari ada ustaz atau ustazah yang diundang untuk bercerita mengenai puasa.

"Insya-Allah selepas ini mungkin saya boleh mengacarakan program yang lebih formal," katanya yang juga akan tampil dengan

single duet baharu bersama Datuk Jamal Abdillah.

Dalam masa sama, Wany juga memberi bayangan akan mengeluarkan lagu bersempena dengan hari bahagianya.

- Berita Harian

Recent Posts