Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan

Isnin, Mei 28, 2012

Semak Arah Kiblat jam 5.16 petang pada 28 Mei dan 5.28 petang pada 16 Julai Setiap Tahun


Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Fenomena istimewa matahari di atas KAABAH dan ini merupakan peluang bagi kita untuk menyemak arah kiblat yang betul.

Matahari akan berada betul betul di atas kaabah pada 2 tarikh tersebut

1) 28 hb Mei Jam 5.16 Petang
2) 16 hb Julai Jam 5.28 petang

Dalam setahun hanya 2 kali kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.

Sumber :
1) http://www.youtube.com/watch?v=YlSyfX_jmIM&feature=player_embedded , uploaded by marlboro79
2) http://zikrihusaini.com/cara-untuk-mencari-arah-kiblat-sembahyang-tanpa-menggunakan-kompas-dan-ketika-darurat/
3) http://iidyll.blogspot.com/2011/05/istiwa-utama-matahari-di-kaabah-mari.html
4) www.falak-online.net

Rabu, Januari 28, 2009

Percaya atau Tidak??

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan
dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih.
Misalanya, 37,037 X 4 X 3 = 444444


Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat
jawapan 12345678987654321


Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol'
di England.



Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'Orkestra Kosong'


Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'


'So Long' berasal dari perkataan Arab ' Salam '


Perkataan 'racecar' dan 'kayak' jika diterbalikkan adalah sama.


Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A


Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat'
yang bermaksud 'raja dah mati'


Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad

Recent Posts