Memaparkan catatan dengan label mpm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mpm. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 13, 2022

MPM umum tarikh baharu peperiksaan Semester 2 dan 3 STPM

 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini umumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 baharu.

MPM dalam satu kenyataan berkata peperiksaan Semester 3 STPM 2021, bagi tarikh 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022 akan dipinda kepada 25, 26 Mei 2022 dan 13, 14, 15 Jun 2022.

Peperiksaan ulangan Semester 2 STPM 2021 yang bermula pada 13,14,15 dan 16 Jun 2022 pula akan dipinda kepada 16, 20, 21 dan 22 Jun 2022.

Kalendar dan jadual waktu peperiksaan yang telah dikemas kini pada 9 Mei 2022 boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPM diwww.mpm.edu.my

Pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel stpm@mpm.edu.my ataupun menghubungi di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.


Selasa, Februari 08, 2022

MPN setuju syor sempadan Malaysia dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac 2022

 

Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac depan.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menegaskan, pembukaan sempadan kepada semua negara itu perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

"MPN mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.

"Dalam hubungan ini, majlis bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

"Namun, ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara, perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan.

Persetujuan itu dibuat selepas MPN mempertimbangkan kertas cadangan pembukaan sempadan negara oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Keputusan MPN itu akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk diputuskan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, MPN tidak mencadangkan pembukaan sempadan dihadkan kepada negara tertentu, selepas mengambil maklum taklimat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut menyertai mesyuarat berkenaan.

Berdasarkan taklimat itu, beliau berkata, sistem kesihatan awam negara didapati masih mampu menguruskan ancaman varian Omicron kerana sudah ada banyak pengalaman.

"Menteri Kesihatan memberitahu tadi, Omicron sudah ada di seluruh dunia dan dalam masyarakat, justeru tidak boleh memilih-milih (negara tertentu).

"Bagaimanapun, ada perkara yang akan diumumkan nanti mengenai peraturan. Mungkin perlu menjalani ujian PCR sebelum masuk. Ada perincian akan diumumkan nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menjelaskan, persetujuan syor membuka sempadan itu sangat penting dan MPN amat sukacita kerana ia dapat mempercepatkan proses pemulihan ekonomi.

Beliau berkata, ia akan membolehkan pelabur dan pelancong asing masuk ke negara ini, sekali gus memberi kesan langsung kepada banyak sektor ekonomi tempatan.

"Maknanya, pelabur dan pelancong asing boleh datang. Ini akan meningkatkan industri pelancongan, membolehkan industri penerbangan hidup kembali dan peniaga yang bergantung pada pelancong dapat menarik nafas lega.

"Ini yang kita pentingkan. Justeru, kita percaya ini adalah satu keputusan yang amat baik.

"Namun pada masa sama, kita memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan setakat ini, tahap kepatuhan di Malaysia agak baik," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula berikutan peningkatan kes COVID-19, terutama membabitkan varian Omicron.

"Tidak boleh patah balik. Saya rasa pengalaman yang ada sudah memadai untuk membantu kita menguruskan situasi, namun perlu sentiasa beringat mengenai SOP ditetapkan KKM," katanya.

Sumber ; Berita Harian

 

 

Selasa, Oktober 01, 2019

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)


Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Iklan Jawatan:
http://apps.mpm.edu.my/eperjawatan/

Tarikh Tutup Permohonan: 1 Oktober 2019

Rabu, Februari 22, 2017

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia Mac 2017



Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Mac 2017

1. Pegawai Peperiksaan (Kontrak)
2. Akauntan (Kontrak)

http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2017/02/jawatan-kosong-majlis-peperiksaan.html

Tarikh Tutup Permohonan : 3 Mac 2017

Recent Posts