Memaparkan catatan dengan label bergabung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bergabung. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 14, 2022

PAS pilih Perikatan Nasional

 


PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

"Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu, di Kuala Lumpur yang berlangsung selama lebih tiga jam.

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU15.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU15.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan sebagai berkata cadangan PAS untuk bekerjasama bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan BERSATU dalam PRU15 sebagai satu taktikal penuh muslihat.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelasnya bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

"Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).

"Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama 'totally' (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

Ahmad Zahid sebelum ini menggesa PAS segera membuat keputusan berkenaan hasratnya untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15, namun mestilah mengikut syarat ditetapkan UMNO iaitu tidak mahu ada kerjasama dengan BERSATU.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts