Memaparkan catatan dengan label exam online ptd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label exam online ptd. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 23, 2017

2017 - PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM - 8:40 MLM

Sila layari laman web untuk semakan:
http://e-semakanntt.spa.gov.my

PERHATIAN:

Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Januari 2018.

Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.

Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan.

Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!

* Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Rabu, November 16, 2016

Webinar Untuk Calon Exam PTD

Webinar khas untuk calon PTD akan diadakan pada 16 NOVEMBER 2016 (RABU) jam 10.00 Malam secara LIVE! Daftar Masuk ke : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Jika anda terlepas siaran LIVE Webinar ini, anda masih boleh menonton rakaman webinar ini pada bila-bila masa di : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Untuk download Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 / Exam PTD : https://www.scribd.com/document/330870697/Contoh-Soalan-Exam-PTD-2016

Rujukan dan Set Contoh Soalan Peperiksaan / Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41 versi kemaskini NOVEMBER 2016 telah dikeluarkan. Ianya telah membantu ramai calon sebelum ini dan tahun ini giliran anda :
- Lebih 50++ Nota Ringkas untuk persediaan anda
- Lebih 100++ Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format terbaru pada 23 NOVEMBER 2016 ini


Isnin, November 07, 2016

Kelayakan, Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Pegawai Tadbir Diplomatik ataupun singkatannya PTD adalah jawatan penting yang terdapat di dalam kumpulan pekerja pengurusan dan professional.

Kumpulan ini terdiri daripada pegawai-pegawai barisan hadapan dalam pentadbiran negara yang berkelulusan ijazah seperti Pegawai Daerah, Pegawai Kedutaan dan lain-lain. Kumpulan ini akan dilatih oleh INTAN sebelum diserapkan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Peranan dan tanggungjawab

Sebagai pegawai yang mengetuai barisan hadapan dalam pentadbiran negara, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik amatlah berat.

Penjawat jawatan ini terlibat secara langsung untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dasar-dasar tersebut bukan sahaja meliputi pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Bahkan ianya merangkumi hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan sosial.

Mereka juga terlibat secara langsung mengenai hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan

Anda dikategorikan layak untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik PTD Gred M41, jika mempunyai kelayakan sebagaimana berikut.

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Selain memiliki kelayakan akademik sebagaimana syarat lantikan di atas, calon perlu membuat permohonan secara online menggunakan SPA8i sekiranya ingin menjawat jawatan ini. Sekiranya permohonan diluluskan oleh pihak SPA, calon yang terpilih akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jumaat, November 04, 2016

Panggilan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)



Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD Gred M41 akan diadakan pada 23 November 2016 (Rabu). 

Semakan nama calon yang terpilih boleh dibuat di : http://e-semakanntt.spa.gov.my/ 

Panduan Peperiksaan : https://semakan.info/tim/ujian-psikometrik/myadha

Khamis, November 03, 2016

Sejarah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).


Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.


Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.


Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. 


Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan
Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. 


Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Recent Posts