Memaparkan catatan dengan label jimat elektrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jimat elektrik. Papar semua catatan

Rabu, Mei 19, 2021

Amalan mudah untuk jimat elektrik


TNB menyarankan pengguna kediaman agar mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh cuaca panas ketika ini.

Penggunaan elektrik mungkin meningkat apabila orang ramai perlu mematuhi arahan duduk di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Amalan mudah untuk penjimatan elektrik adalah seperti berikut:

-Tidak membiarkan pendingin hawa, kipas dan lampu terpasang dalam bilik yang kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai digunakan.

-Memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) juga membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.

-Menyenggara pendingin hawa dengan kerap membolehkan ia beroperasi pada tahap optimum serta lebih menjimatkan elektrik. Kotoran pada penapis menghalang pengedaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

-Ketika cuaca panas terik, tindakan menutup tingkap dengan langsir yang tebal boleh menghalang haba daripada masuk dan membebankan pendingin hawa. Semakin kurang beban pada pendingin hawa untuk menyejukkan bilik, semakin rendah penggunaan elektrik.

-Pada waktu malam, cuma hidupkan kipas.

 

 

Jumaat, Mac 11, 2016

Penggunaan elektrik meningkat, tips jimat elektrik dari TNB

Cuaca panas luar biasa sejak awal bulan Mac 2016, melonjakkan penggunaan elektrik ke paras tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan paras tertinggi waktu puncak pada 17,175 megawatt (MW) dicatakan pada Rabu, 10 Mac 2016 menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat utiliti itu berkata gelombang haba yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW.

Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014. Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi yang diunjurkan ini tidak akan memberikan impak negatif.

Kapasiti tenaga di Semenanjung kini berjumlah 22,220 MW, dengan 11,818 MW membabitkan kapasiti TNB sendiri dan selebihnya kapasiti daripada pengeluar tenaga bebas.

Pengguna elektrik digalakkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan bekalan tenaga semasa waktu puncak dari 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Ini termasuk menetapkan penyaman udara pada 23-25 darjah Celcius, menggosak baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, memanaskan air di luar waktu puncak dan mengurus operasi mesin atau kilang pada waktu malam.


Recent Posts