Memaparkan catatan dengan label mb terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mb terengganu. Papar semua catatan

Isnin, Mei 02, 2016

Ahmad Razif Kekal Menteri Besar Terengganu


Ahmad Razif Abdul Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

"Isu itu telah diselesaikan," kata Najib pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016.

Najib juga berkata pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Ahmad Razif selepas semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik berkuatkuasa 22 April lalu.

Sebelum ini, Ahmad Razif mengakui reda dan pasrah anugerah kebesaran negeri yang dikurniakan kepadanya ditarik balik.

Malahan, dengan apa yang berlaku beliau bertekad untuk terus membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

Beliau juga berkata, kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi masih memegang jawatan.

- Bernama

Recent Posts