Memaparkan catatan dengan label rfid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rfid. Papar semua catatan

Rabu, Januari 19, 2022

Kabinet beri pilihan kepada pengguna RFID

 

Mesyuarat Kabinet hari ini logi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pilihan sama turut diberikan kepada pengguna ketika peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan SmartTAG, sebelum ini.

"Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya.

"Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG," katanya

Beliau berkata, syarikat konsesi juga seharusnya mengekalkan lorong pembayaran menggunakan TnG dan SmartTAG bagi memberi kebebasan memilih kepada pengguna.

"Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG.

"Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya," katanya.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kerja Raya akan memanggil syarikat terbabit untuk berbincang dan dimaklumkan mengenai keputusan Jemaah Menteri itu selain keputusan membabitkan bayaran perlu dirujuk kepada Kabinet.

Pelaksanaan RFID yang dimulakan secara berperingkat di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 15 Januari lalu, mengundang kemarahan pengguna lebuh raya terbabit apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan teruk di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putra kerana kegagalan sistem berkenaan.

Sumber dari Berita Harian

 

 

 

 

Khamis, Disember 16, 2021

PLUS laksana transaksi tol RFID mulai Januari 2022

 

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan memaklumkan pelaksanaan itu akan menjadikan lorong RFID tersedia di seluruh jaringan infrastruktur lebuh raya bertol di pantai barat Semenanjung selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya.

"Kutipan tol menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID," menurut kenyataan itu.

Menurut KKR, transaksi tol menggunakan RFID adalah langkah kementerian itu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di plaza tol dan pelaksanaan itu selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang termasuk Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong.

KKR sehubungan itu mengajak pengguna lebuh raya untuk beralih kepada RFID dan mendapatkan tag RFID secara dalam talian menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet, portal Touch 'n Go, ejen pemasaran yang dilantik atau mana-mana 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai, menurut kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA

 

Recent Posts