Memaparkan catatan dengan label jawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawatan. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 16, 2022

Kerajaan tamatkan khidmat penjawat lantikan politik

 


Jemaah Menteri dikatakan sudah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

Sumber berkata, ia membabitkan jawatan berkenaan di badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen Parit ketika itu, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikritik teruk oleh PH yang dikatakan membuat tindakan terdesak berkenaan bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen UMNO dan PAS dengan menawarkan jawatan berkenaan.

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila pemegang jawatan lantikan politik ditamatkan ketika kerajaan PH mentadbir pada 2018.

Menurut sumber itu, keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap laksanakan tugas. Justeru, isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi.

"Akhirnya keputusan dibuat secara menyeluruh iaitu ditamatkan semua khidmat lantikan politik," katanya.

Rabu, Ogos 17, 2022

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1. JURURAWAT U29 

2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 
3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29 
4. JURUTERA J41 
5. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41 
6. PEGAWAI KEWANGAN W41 
7. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 
8. PEGAWAI PERGIGIAN UG41 
9. PEGAWAI PERUBATAN U43 
10. PEGAWAI PSIKOLOGI S41 
11. PEGAWAI TADBIR N41 
12. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 
13. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19 
14. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 
15. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 
16. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 
17. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 
18. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 
19. PUSTAKAWAN S41 

20. SETIAUSAHA PEJABAT N29 

Tarikh Tutup : 22 OGOS 2022


Ahad, Ogos 14, 2022

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor:

 PENSYARAH UNIVERSITI

Tarikh Tutup : 21 OGOS 2022

Selasa, September 22, 2020

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

UTM memerlukan individu yang dinamik, kreatif, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti dan negara.  Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM seperti berikut:-

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM SA19

Maklumat lanjut dan Borang Permohonan:

https://sumbermanusiautm.utm.my/perjawatan/portalIklan/portaliklan.do?event=mtdAdvertisementList

Tarikh Tutup : 28 September 2020

 

Rabu, Mac 01, 2017

Jawatan Kosong Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan 2017



Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

- Pembantu Tadbir Gred 19
Kelayakan : SPM
Gaji : Rm54/hari
Kemahiran : MS Office, Adobe, Movie Maker, Kamera DSLR, Banner/Bunting/Poster, CD/DVD burner, Perkhidmatan Pelanggan



Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian WP boleh hantarkan resume melalui email:-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras 0 – 4, Rumah Persekutuan,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50678 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 603 – 2610 3300
No. Faks : 603 – 2610 3499
Emel : tanahwila@ptgwp.gov.myPejabat Pengarah Tanah dan Galian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras 0 – 4, Rumah Persekutuan,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50678 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 603 – 2610 3300
No. Faks : 603 – 2610 3499
Emel : tanahwila@ptgwp.gov.my


Recent Posts