Memaparkan catatan dengan label kafa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kafa. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 27, 2022

UPKK bertulis KAFA 14 hingga 17 November ditunda

 


Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas (UPKK) (bertulis) KAFA yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November ini ditunda.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata tarikh baharu pelaksanaan UPKK (bertulis) bagi Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) pada 14 November dipinda ke 28 November.

Sirah Jawi dan Khat pada 15 November dipinda pada 29 November; Adab pada 16 November dipinda ke 30 November manakala Lughah al-Quran pada 17 November dipinda ke 1 Disember 2022.

Pindaan dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Berita Harian


Rabu, November 09, 2016

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden Kafa



Tan Sri Annuar Musa pada Selasa meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

"Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain," katanya.

Annuar, yang menyandang jawatan itu sejak 2008, berkata beliau sentiasa berkeyakinan pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini.

"Tetapi Exco Kafa belum bermesyuarat sama ada menerima atau menolak surat tersebut," katanya.

- Bernama

Recent Posts