Memaparkan catatan dengan label setel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label setel. Papar semua catatan

Khamis, September 24, 2020

Deliver2Me dalam Setel mudahkan pelanggan berbelanja di Kedai Mesra Petronas

 


Setel, platform e-pembayaran pertama di Malaysia memperkenalkan, Deliver2Me perkhidmatan pembe­lian dalam kereta pertama di Malaysia dengan pengenalan Setel Wallet, pembayaran tanpa tunai di Kedai Mesra Petronas.

Menyasarkan mereka yang sen­tiasa sibuk, Deliver2Me menawarkan pilihan yang mudah untuk berbelanja tanpa perlu meninggalkan kenderaan ma­sing-masing.

Bagi pengguna yang lebih gemar berbelanja di dalam kedai, mereka boleh menggunakan Se­tel Wallet, sistem tanpa tunai untuk membayar barangan dengan mudah di 800 rangkaian Kedai Mesra.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, Setel kini berjaya mencapai mat­lamatnya untuk menembusi pasaran peruncitan mudah alih di Malaysia.

Menurut beliau, dengan pe­ngenalan Deliver2Me dan Setel Wallet yang menampilkan ciri-ciri baharu serta inovatif, telah memberi kemudahan yang le­bih baik di samping membantu
memaksimumkan keselamatan peng­­guna Setel di stesen minyak Petronas di seluruh negara.

“Ciri yang menerima permintaan tinggi ini membolehkan pembayaran barangan di Kedai Mesra dilakukan dengan sentuhan fizikal yang minimum sebagai ciri keselamatan tambahan menerusi Setel.

“Pengguna juga bukan sahaja dapat memperoleh mata ganjaran Mesra, malah menebus mata ganjaran terus daripada aplikasi tersebut,” katanya.

Iskandar menerangkan, pe­nam­bahan dua ciri ini merupakan batu loncatan dalam usaha syarikat membawakan lebih ba­nyak lagi ciri intuitif yang disesuaikan untuk setiap pelanggan, sejajar dengan kepelbagaian tawaran yang semakin meningkat.

Deliver2Me kini boleh digunakan di enam stesen Petronas yang mengambil bahagian di Lembah Klang dan akan diper­luaskan secara berperingkat ke semua stesen yang menggunakan Setel di seluruh negara bermula suku pertama 2021.

Setel juga boleh digunakan di lebih 900 stesen Petronas di seluruh negara dan percuma buat pengguna iOS serta Android me­lalui muat turun di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

 

 

Khamis, Februari 06, 2020

Setel kini boleh diguna di Petronas seluruh negara






Aplikasi Setel untuk mengisi minyak di Petronas kini diperluaskan di seluruh negara. Download aplikasi Setel di telefon bimbit anda. Masukkan kod : bvxeh untuk terima kredit RM5 percuma.

Petronas Dagangan Bhd menyasarkan aplikasi pembayaran elektronik bagi pembelian bahan api miliknya, Setel boleh digunakan di semua stesen Petronas seluruh negara menjelang suku tahun akan datang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani, berkata Setel ketika ini sudah disediakan di lebih 700 stesen Petronas seluruh negara dengan rekod transaksi lebih tiga juta.

Beliau berkata, rangkaian aplikasi itu mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan dan menjadi antara aplikasi utama paling banyak dimuat turun pada tahun kewangan yang lalu.

“Stesen Petronas seluruh Malaysia ketika ini berjumlah lebih 1,000 dan aplikasi Setel ini juga disasarkan ada disediakan di lebih 1,000 stesen.

“Namun, aplikasi ini tidak dapat meliputi seluruh kawasan rangkaian stesen kami kerana ada antaranya di luar bandar, memerlukan sedikit masa bagi tujuan pelaksanaan.

“Kami juga optimis dengan peningkatan jumlah stesen yang boleh menggunakan Setel ini, jumlah transaksi juga akan meningkat dan ia mampu menyumbang kepada pendapatan kumpulan,” katanya selepas Pelancaran Setel Seluruh Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azrul berkata, syarikat sentiasa memberi fokus dalam memastikan pelanggan Petronas menikmati pengalaman jauh lebih baik menerusi penggunaan Setel dalam pembayaran untuk pembelian bahan api di stesen Petronas.

Setel yang diperkenalkan pada 2018 adalah aplikasi mudah alih pembayaran elektronik pertama di Asia Tenggara membolehkan pengguna membuat pembelian bahan api dari kenderaan mereka sendiri.

Menerusi aplikasi itu, pengguna tidak perlu turun dari kenderaan untuk pembelian bahan api sebaik tiba di stesen Petronas sebaliknya hanya melakukan pembayaran menggunakan aplikasi terbabit yang berpaut terus dengan pam minyak di stesen terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, aplikasi itu juga turut mempunyai pelbagai fungsi baharu seperti pembelian barangan di rangkaian Kedai Mesra Petronas.

Beliau berkata, pembelian melalui aplikasi itu memudahkan pelanggan dan Petronas Dagangan menyediakan Setel Pit Stop bagi memudahkan pelanggan mengambil pesanan mereka secara pandu lalu.

Malah, Setel juga bekerjasama dengan Media Prima Bhd menyediakan fungsi undian bagi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

“Pengguna Setel boleh mengundi artis dan lagu pilihan mereka untuk AJL34 dan berpeluang untuk memenangi baucar bahan api bernilai RM1,000 untuk 100 pelanggan bertuah.

“Ini adalah Anugerah Pilihan Peminat dan ia boleh diundi melalui aplikasi Setel,” katanya.




Recent Posts