IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred 19
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sejumlah 1.28 juta permohonan bagi lantikan tetap ke jawatan pengurusan dan profesional serta pelaksana pada tahun 2022.
Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, daripada jumlah permohonan itu, seramai 20,762 pemohon dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan mengikut kelayakan masing-masing.
Katanya, semua pemohon terlibat diterima masuk melalui sistem permohonan dalam talian iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9).
“Proses memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam ini telah dijalankan sepenuhnya secara digital (dalam talian) sejak 2017.
“Bila digital, tiada istilah ‘guna kabel’ sebab sistem yang dibangunkan ini sudah tentu tidak akan menipu,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.
Sebelum ini, SPA menyifatkan peralihan sepenuhnya ke sistem permohonan secara digital merupakan kaedah terbaik bagi menepis persepsi penggunaan ‘kabel’ dalam perkhidmatan awam seperti didakwa sesetengah pihak.
Sejak 2017, permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam adalah menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) sebelum digantikan sepenuhnya dengan SPA9 pada September 2020.
Mengulas lanjut, katanya, bagi lantikan kontrak pula, sebanyak 27,163 pemohon dilantik ke pelbagai jawatan berstatus kontrak antaranya Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41.
Sumber : KOSMO!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi jaminan proses pengambilan penjawat awam adalah 100 peratus 'bersih' daripada campur tangan orang dalam mahupun penggunaan 'kabel' seperti dakwaan sesetengah pihak.
Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman, menegaskan isu penggunaan kabel hanyalah persepsi yang mungkin timbul disebabkan jumlah calon yang memohon untuk sesuatu jawatan terlalu ramai.
Beliau berkata, berikutan faktor itu menyebabkan mereka yang tidak berjaya menganggap ada pemohon lain yang melepasi temu duga menggunakan kelebihan kabel atau orang dalam tertentu.
Sehubungan itu bagi menjamin ketelusan, Zainal Rahim berkata, SPA sudah melakukan penambahbaikan sistem permohonan dalam talian dikenali SPA9 yang mewajibkan semua proses permohonan melalui tiga peringkat penilaian sebelum dipanggil temu duga.
Malah, bagi sesi temu duga pula, SPA menetapkan dua anggota panel yang dilantik sama ada dari SPA sendiri atau jabatan, perlu melalui tapisan integriti serta menandatangani aku janji.
"Sebenarnya tiada ruang untuk menggunakan orang dalam urusan pengambilan di SPA, apabila calon memohon jawatan itu, tidak berlaku isu seperti 'saya kenal awak, awak kenal saya'.
"Malah, semua peringkat tapisan pemohon juga adalah melalui sistem dalam talian tanpa membabitkan campur tangan mana-mana pegawai SPA sebelum calon terbaik dalam kalangan terbaik melepasi peringkat untuk ditemuduga secara fizikal.
"Orang percaya anda (pemohon) memerlukan kabel untuk mendapat jawatan di perkhidmatan awam, namun faktanya ialah anda memerlukan kabel komputer sahaja (untuk membuat permohonan melalui SPA9)," katanya kepada BH.
Mengulas lanjut, Zainal Rahim berkata, SPA juga mempunyai unit integriti yang akan melaksanakan Aku Janji Integriti kepada panel penilai dan melalui temu duga bagi memastikan tiada salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.
SPRM pantau proses
Selain itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sentiasa memantau berhubung perkara berkenaan.
"Malah, unit integriti ini akan membuat semakan jika berlakunya tohmahan yang mengaitkan sesuatu pelantikan penjawat awam itu dibuat berdasarkan kabel," katanya.
Beliau berkata, isu berhubung penggunaan kabel ini mungkin boleh berlaku di tempat tertentu atau bersifat setempat yang bukan berpusat di SPA.
"Adalah risiko itu, tapi di bawah undang-undang, anda tidak boleh menghalang sekiranya ada anak saudara yang memohon... namun jika ada hubungan atau kaitan dengan pihak yang membuat keputusan terhadap pengambilan jawatan itu, mereka perlulah mengisytiharkannya," katanya.
SPA9 katanya, adalah sistem yang ditambah baik sejak empat tahun lalu bagi menangani isu birokrasi dan campur tangan manusia dengan permohonan dibuat secara dalam talian.
Mengenai tiga proses penilaian dalam talian sebelum pemohon dipanggil sesi temu duga fizikal, Zainal Rahim menjelaskan, bagi pemohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan jawatan penguat kuasa seperti SPRM dan Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mereka perlu melalui penilaian kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) yang meliputi ujian psikometrik, pusat penilaian profesion (PAC) dan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UFPK).
Bagaimanapun, bagi pemohon jawatan lain seperti jurutera, arkitek, pembantu operasi, pembantu kewangan dan pembantu awam, mereka hanya perlu melalui satu peringkat ujian dalam talian iaitu ujian psikometrik.
"Justeru, SPA9 adalah sistem permohonan yang dilihat masih boleh memenuhi permintaan dan berkesan khususnya dalam aspek campur tangan manusia, mengurangkan aspek fizikal penghantaran dokumen," katanya.
"Ia adalah tapisan komputer yang boleh menambahkan keupayaan dan kepercayaan calon.
"Jika ada yang kata dekat 10 kali mohon tak dapat, ia sebenarnya bergantung kepada perjawatan dan kelayakan pemohon," katanya.
Sumber : Berita Harian
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
Tarikh Tutup : 25 Julai 2022
Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui borang SPA8i. Masuk ja semester akhir belajar, bakal graduan (ANDA!) dah mula memohon. Berebut-rebut terutama untuk jawatan-jawatan HOT seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Akauntan dan pegawai-pegawai lain.
Tahukah anda bahawa sudah begitu ramai yang telah kami bantu untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan dan seterusnya bergelar sebagai penjawat awam. Betapa bertuahnya mereka kerana Tuhan menemukan mereka dengan laman web ini yang seterusnya memberi hidayah dan ilmu pengetahuan yang amat tinggi nilainya yang mana dapat membantu mereka keluar dari masalah mencari kerja.
Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!
Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan
Ianya
bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu.
Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor
awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan JURUAUDIT W29 ini. Tinggalkan
mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan.
Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup
layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.
Apa yang
anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan
persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka
semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada
persediaan untuk jawat jawatan JURUAUDIT W29 ini.
Tim Infokerjaya
susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini
telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam latest
awal SEPTEMBER 2019 lalu dan ini khusus untuk bantu anda pada sesi exam
19 OGOS 2021 ini!
Jangan buang masa, dapatkan sekarang sebelum terlambat di : https://go.semakan.info/juruaudit-w29-41/28
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah meluluskan pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu bagi jawatan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pelantikan itu membabitkan 624 Jururawat bagi Gred U29; 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29; 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selaras dengan kelulusan tersebut, kementerian akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada hari Isnin dengan tarikh melapor diri bertugas ditetapkan pada hari Rabu.
Menurutnya, daripada sejumlah 624 pelantikan Jururawat Gred U29 yang diluluskan, sebanyak 317 Jururawat Gred U29 akan ditempatkan di Sabah.
“Sementara itu, 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan lantikan tersebut terdiri daripada anak kelahiran tempatan.
“Kementerian berharap dengan pertambahan petugas kesihatan tersebut, akan dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di Sabah dan Labuan,” katanya.
Sumber : Kosmo!
Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41
PANDUAN SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian /Jabatan : Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM1,908.45 RM6,797.73 RM225.00
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ] atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
- Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.
PANDUAN SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41
|