Memaparkan catatan dengan label belanjawan 2024. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belanjawan 2024. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 25, 2023

Inisiatif kerjaya dalam Belanjawan 2024




Pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 yang mencakupi pelbagai aspek penting dalam kehidupan seperti pendidikan, kesihatan dan juga pekerjaan.

Selain bantuan tunai, rakyat juga ternanti-nanti mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pekerjaan yang sangat penting untuk pendapatan atau gaji yang lebih baik dan sekali gus, dapat menjalani kehidupan sejahtera.

Sehubungan itu, Relevan bawakan Konsultan Kerjaya, Nik Akmal Nik Othman untuk mengupas lebih lanjut mengenai Belanjawan 2024 yang berfokus kepada aspek pekerjaan.
OKU, warga emas dan bekas banduan.

Menurut Nik Akmal, secara keseluruhan belanjawan itu telah menyentuh semua golongan dengan sangat baik termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan bekas banduan.

“Golongan ini sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan persepsi dan keraguan majikan terhadap kebolehan mereka.

“Inisiatif ini sangat menarik kerana ia adalah buat pertama kali isu ini disentuh dan dimasukkan dalam belanjawan negara,” katanya.

Jelas beliau, OKU banyak memohon pekerjaan tetapi para majikan berat hati untuk menggaji mereka walhal tugasan tersebut tidak berkaitan dengan ketidakupayaan anggota mereka.

Bagi syarikat-syarikat kecil, mereka tidak terikat dengan polisi untuk menggaji OKU berbeza dengan syarikat besar antarabangsa (MNC) yang mengamalkan polisi mesra kepelbagaian, ekuiti, penyertaan dan kepunyaan (DEIB) seperti menggaji satu peratus kakitangan OKU.

“Namun, syarikat besar di Malaysia hanyalah tiga peratus dan selebihnya syarikat kecil.

“Oleh itu, inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan sangat baik untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan,” katanya.

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Di samping itu, Nik Akmal juga memuji usaha kerajaan memperkasakan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sehingga peruntukan belanjawan untuk bidang tersebut sentiasa meningkat setiap tahun.

Pada 2024, peruntukannya adalah sebanyak RM6.8 bilion.

“Orang-orang industri sangat suka mengambil pelajar lepasan TVET kerana mereka ada kemahiran insaniah dan kalau diambil bekerja mereka boleh terus buat kerja.

“Saya juga melihat TVET sudah diterima dengan sangat baik oleh masyarakat kita dan persepsi negatif telah berjaya dikikis.

“TVET juga merupakan bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi pada ketika ini,” katanya.

Program Academy in Industry

Dalam pada itu, satu lagi inisiatif untuk para pekerja ialah Program Academy in Industry (AiI).
Ia menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta.

“Konsep ini adalah pertama kali dibuat dan ia merupakan inisiatif yang sangat bagus dengan memberi manfaat kepada 14,000 orang pekerja.

“Jumlahnya tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar, tetapi sangat bermakna untuk melahirkan tenaga yang mahir dan cemerlang ,” terangnya.

Usahawan belia

Satu lagi inisiatif yang sangat baik ialah peruntukan RM20 juta untuk melahirkan usahawan belia.
Nik Akmal berkata, usaha tersebut selari dengan Dasar Keusahawan Negara 2030 dan ia bakal membuka peluang pekerjaan yang besar kepada golongan belia.

“Para belia mempunyai kebolehan dan bakat untuk berniaga apatah lagi dengan kemajuan teknologi serta penggunaan media sosial.

“Oleh itu, platform yang disediakan oleh kerajaan ini dapat membantu mereka menguruskan perniagaan dengan lebih baik dan melonjakkan lagi jualan,” katanya.

Industri halal

Mengenai industri halal pula, Nik Akmal berkata, ia merupakan berita yang sangat baik.

Selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030, inisiatif itu dilihat akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Ujarnya, dunia sudah mengiktiraf Malaysia dengan industri halal terbaik dan ia adalah kelebihan yang boleh dibanggakan.

Di samping inisiatif positif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, Nik Akmal juga mahu menyentuh dua perkara penting yang wajar diberi perhatian dalam belanjawan negara.

Underemployment

Pertama, isu underemployment iaitu golongan pekerja yang bekerja di bawah kelayakan akademik yang merupakan bilangan terbesar pekerja di Malaysia.

“Ini adalah realiti sebenar dunia pekerjaan pada ketika ini, ramai yang sanggup bekerja dengan gaji Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma walaupun memiliki ijazah sarjana muda.

“Mereka sanggup menerima gaji yang rendah untuk meneruskan kehidupan sementara mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan akademik.

“Dari segi data pengangguran memang kita lihat cantik, peratusan menurun, tetapi kalau mahu melihat landskap cari kerja yang sebenar kita tidak boleh abaikan golongan ini yang berjumlah jutaan orang,” katanya.

Graduan menganggur

Kedua ialah graduan menganggur dan lambakan graduan dalam bidang-bidang tertentu.

Beliau berkata, isu ini sudah berlanjutan sejak sekian lama dan wajar diberikan bajet khusus dalam belanjawan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Kementerian Sumber Manusia mempunyai data jenis pekerjaan diperlukan untuk tahun-tahun tertentu.

“Contohnya, tahun 2024 memerlukan seramai 100,000 orang jurutera, tetapi pengambilan pelajar jurusan tersebut melebihi kosongan kerja yang diperlukan sehingga berlaku lambakan.

“Isu ini berterusan kerana tiada koordinasi secara serius dan berstruktur untuk berapa bilangan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu ambil jurusan tersebut supaya kemasukan selari dengan permintaan pasaran apabila mereka menamatkan pengajian nanti,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, sekarang ini lambakan graduan disumbang oleh penghasilan graduan melebihi keperluan industri.

Oleh itu, Nik Akmal menyarankan pihak IPT, TalentCorp dan Kementerian Sumber Manusia perlu mempunyai kerjasama bersepadu untuk berkongsi data serta keperluan pekerjaan semasa bagi mengelakkan lambakan graduan yang akhirnya menganggur atau bekerja di bawah kelayakan.


Sumber : RELEVAN

 

Rabu, Oktober 18, 2023

Yuran pendaftaran IPTA dihadkan bawah RM1,500, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

 


Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM16.3 bilion berbanding RM15.3 bilion pada tahun 2024.

Perkara-perkara yang berkaitan universiti dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.


Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Perdana Menteri menegaskan bahawa hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar berikut:

  • Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran 
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan 

Menurut Anwar, pihaknya tidak akan sama sekali mengizinkan mahasiswa khususnya dari keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian. 


Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang mahasiswa mengambil peperiksaan.


Oleh itu, bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500. 


Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.


Pada masa yang sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek. Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.


Pada masa hadapan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa serta bakal pelajar yang mempunyai masalah pembayaran yuran.


Menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam

Aduan yang sering diajukan dalam Siri Temu Anwar bersama mahasiswa ialah masalah capaian internet yang lemah di universiti. 


Oleh itu, Belanjawan MADANI Kedua menyediakan RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam. Ini termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.


Menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT

Bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang. 


Ini termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.


Penumpuan kepada latihan dan kemahiran bakat-bakat baharu


Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) hendaklah menumpukan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakat- bakat baharu tempatan bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif.


Kerjasama antara IPTA dan IPTS merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan

Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana Penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi. 

Antaranya, RM50 juta dikhususkan sebagai geran padanan untuk universiti awam bekerjasama dengan sektor swasta dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

Program pembelajaran bagi komuniti rentan

Kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.


Sejumlah RM5 juta disediakan untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.


Bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat, kerajaan menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU.


Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan

Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global. Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan. 


Bagi memperhebat penerokaan bidang AI rentas disiplin ilmu, sukacita saya mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan awal sebanyak RM20 juta.


Bantuan pembiayaan pendidikan golongan miskin

BNM dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas. 


Usaha ini menggabungkan elemen perkongsian risiko antara pihak pelabur dalam pelaburan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan juga elemen pelaburan sosial iaitu sebahagian keuntungan akan disalurkan untuk pembangunan sosial seperti pembiayaan pendidikan golongan miskin. 


Sumber dari RELEVAN

Jumaat, Oktober 13, 2023

INTIPATI Belanjawan 2024 Malaysia Madani


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, jam 4 petang ini.

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM2,000

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kadar maksimum bantuan STR dinaikkan kepada RM3,700

Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini. Selain itu, kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.


Harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,300 satu tan

Kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.


Cukai Perkhidmatan naik kepada 8 peratus

Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus, berbanding 6 peratus.


Rebat RM2,400 beli motosikal elektrik

Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.


Berikut adalah intipati Belanjawan 2024:

● Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka PM Anwar

● Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun PM Anwar

● Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara tahun hadapan PM Anwar

● Kerajaan akan kuatkuasa pelaksaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024 PM Anwar

● Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus PM Anwar

● Kerajaan jangka pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus PM Anwar

● Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksaan pembaharuan Ekonomi Madani PM Anwar

● Defisit fiscal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022 PM Anwar

● Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024

● Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi

● Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion

● Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi

● Kerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024 – PM Anwar

● Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta – PM Anwar

● Agensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya

● BNM dan institusi kewangan Islam juga sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun pelaburan yang lebih meluas.

● Pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama 5 tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam.

● 9 institusi kewangan menawarkan program khusus untuk PKS halal di bawah platform bersepadu halal yang menawarkan akses kepada dana khas dan program bina upaya.

● Memendekkan tempoh memproses pensijilan halal daripada 51 hari ke 30 hari.

● RM25 Juta - Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.

● RM500 Juta - Peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara.

● RM44 Bilion - Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.

● RM1.4 Bilion - Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.

● RM330 Juta - Kemudahan pembiayaan TEKUN kepada peniaga kecil, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 Juta daripadanya disediakan khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.

● RM720 Juta - Peruntukan khas bagi menggalakkan golongan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan.

● RM8 Bilion - Dana pinjaman di bawah BNM untuk menyokong syarikat PKS. RM600 Juta daripada itu dikhususkan antaranya untuk membantu usahawan mikro dan usahawan berpendapatan rendah.

● RM600 Juta - Dana Impak Khazanah Nasional bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang antaranya kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

● RM20 Bilion - Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menjamin sehingga 80% pinjaman PKS khususnya bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal.

● RM100 Juta - Peruntukan pembiayaan bagi menyokong inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membasmi kemiskinan.

● RM100 Juta - Dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Model Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia antaranya bagi membantu lebih banyak koperasi.

● RM100 Juta - Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.

● RM900 Juta - Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.

● RM40 Juta - Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.

● RM25 Juta - Memperkasa Peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa bagi menyokong pengusaha kecil di peringkat komuniti menjual produk secara dalam talian.

● Peruntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 Bilion.

● RM100 Juta - Peruntukan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

● RM1.6 Bilion - Program latihan semula dan peningkatan kemahiran PMKS dan golongan rentan oleh HRD Corp

● RM70 Juta - Pelaksanaan Program Academy in Industry untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan.

● RM180 Juta - Kemudahan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Pensijilan Kemahiran. Ini termasuk untuk mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan MRO aeroangkasa.

● RM17 Juta - Program Tahfiz TVET bagi membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran disamping meneruskan pengajian hafazan.

● Pelepasan cukai perbelanjaan menghadiri kursus sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.

● RM110 Juta - Baik pulih dan naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT.

● RM50 Juta - Pembinaan 4,000 unit ruang niaga baharu di kawasan PBT. Pengecualian bayaran sewa kios bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.

● Agensi Kerajaan di bawah MARA, PUNB, UDA, DBKL akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.

● RM27 Juta - Memperhebat usaha pembelian produk buatan tempatan melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program MySTI.

● RM10 Juta - Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport bagi meningkatkan pengembangan perdagangan francais ke pasaran luar negara.

● RM50 Juta - Geran Padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyenggara Jalan Pelabuhan Klang di samping turut menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat.

● RM20 Juta - Menaik taraf Sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW) secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan.

● Kerajaan memperkenalkan Galakan Cukai Hab Perkhidmatan Global dengan Insentif kadar cukai pendapatan 5% atau 10% ditentu berdasarkan keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun.

● RM47 Juta - Menaik taraf Lapangan Terbang Tioman bagi menambah baik fasiliti penumpang dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Tioman kepada 1,300 meter.

● RM20 Juta - Manfaat Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi lokasi tarikan pelancongan.

● RM80 Juta - Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO

● RM20 Juta - Peruntukan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandaraya kreatif bermula dari Taman Tasik Perdana hinggalah ke Chinatown.

● Melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.

● RM60 Juta - Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

● RM90 Juta - Inisiatif Film In Malaysia Incentive (FIMI) bagi menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.

● RM10 Juta - Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.

● Kerajaan mencadangkan pengecualian sepenuhnya Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan di Wilayah Persekutuan.

● Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 5% Duti Hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator di Wilayah Persekutuan.

● Kerajaan mengamalkan pendekatan fiscal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan deficit fiskal secara berperingkat PM Anwar

● Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sekarang

● Malaysia akan mencapai deficit fiscal 3.0 peratus atau lebih rendah kepada KDNK sepertimana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani PM Anwar

● Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi - PM Anwar

● Belanjawan 2024: Kerajaan hargai komitmen PDRM, SPRM, Jabatan Kastam dalam tingkatkan penguatkuasaan & operasi banteras ketirisan hasil negara

 Agensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya

● Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta PM Anwar

● Kerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024 PM Anwar

● Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi

● Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024

● Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion PM Anwar

● RM300 Juta - Peruntukan kepada NADMA sebagai persiapan menghadapi banjir.

Antara program persiapan banjir termasuklah:

1. RM100 Juta memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini;

2. RM200 Juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara; dan

3. Mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan

● RM5 Juta - Menambahbaik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pembelian anjing pengesan K9 untuk Bomba dan Jabatan Kastam.

● RM2.6 Bilion - Penyaluran pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan.

● Menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.

● Meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200.

● RM3 Bilion - Usaha rintis penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Perak, Perlis dan Kedah.

● Meneruskan pemberian subsidi diesel pada harga terendah, elaun sara hidup bulanan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan kepada para nelayan.

● RM10 Juta - Bantuan kepada nelayan berpendapatan rendah bagi membaik pulih dan membina rumah baharu.

● RM430 Juta - Kemudahan pinjaman daripada Agrobank kepada pengusaha agromakanan bagi menyokong peningkatan kapasiti pengeluaran produk pertanian.

● RM50 Juta - Pemberian pampasan kepada petani, penternak dan nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana di bawah Tabung Bencana Pertanian.

● RM50 Juta - Dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah.

● RM58.1 Bilion - Pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Hampir 50% adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.

● RM225 Juta - Membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan keperluan asas ke kawasan desa serta pedalaman. Kawasan baharu di zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerebai, Mukah, Sarawak.

● RM200 Juta - Meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dan diperluas ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.

● RM10 Bilion - Penambahbaikan STR hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi akan manfaatkan 9 juta rakyat.

● RM1.2 Bilion - Menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

 RM30 Juta - Menaikkan kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti daripada RM150 kepada RM300 sebulan. Memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU.

● RM1 Bilion - Antaranya membiayai bantuan tunai dan penyaluran dana bagi institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

● Elaun Bangunan Industri diperluas kepada Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta Warga Emas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar 10% daripada kos bangunan yang dibina atau dibeli, termasuk kos pengubahsuaian.

● RM58.7 Bilion - Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM58.7 billion (2023: RM55.2 bilion).

● RM1.9 Bilion - Merangkumi RM930 juta bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif serta RM1 bilion untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah di seluruh negara.

● RM2.5 Billion - 26 buah sekolah baharu akan dibina tahun hadapan antaranya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Perak, dan Kelantan.

● Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BPK) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 memberi peluang kepada tambahan 35,000 penerima.

● RM150 Juta - Memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid Tahap 1 hingga Tingkatan 3 (2023: Tahap 1 sehingga Tingkatan 1) memberi manfaat kepada lebih 1,000,000 murid.

● Penubuhan Jawatankuasa Khas STEM Untuk menetapkan sasaran serta langkah-langkah meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

● RM100 Juta - Diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.

● RM180 Juta - 18 blok baharu pendidikan khas akan dibina antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato' Ali Ahmad, Perlis.

● RM30 Juta - Diperuntukkan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.

● RM5 Juta - Diperuntukkan bagi menggalakkan komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

● RM1 Juta - Diperuntukkan kepada setiap universiti awam untuk pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat.

● RM20 Juta - Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia.

● RM41.2 bilion - Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan sebanyak RM41.2 bilion (2023: RM36.3 bilion).

● RM5.5 Bilion - Diperuntukkan untuk memperoleh bekalan ubatan, bahan guna habis, reagen dan vaksin.

● RM300 Juta - Diperuntukkan untuk membaik pulih 400 buah klinik uzur yang mempunyai struktur kayu dan pendawaian usang.

● RM766 Juta - Bagi perolehan peralatan perubatan di hospital KKM untuk peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair termasuk RM200 juta bagi perolehan ambulans dalam memastikan kesiagaan respons kepada panggilan kecemasan.

● RM150 Juta - Penyenggaraan sistem teknologi maklumat termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 Klinik Kesihatan.

● Pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan & aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.

● RM72 Juta - Memperkukuh ekosistem atlet acara podium.

● RM12 Juta - Disediakan kepada Majlis Sukan Negara untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa.

● RM50 Juta - Dana geran padanan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.

● RM50 Juta - Kepada agensi yang berpotensi mengetengahkan karya seni dan sastera negara, mempergiatkan persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia.

● RM20 Juta - Memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat.

● RM20 Juta - Geran Pertubuhan MADANI untuk manfaat penduduk setempat bagi melaksanakan program-program kesukarelaan, perpaduan serta aktiviti pencegahan jenayah dan bencana.

● RM50 Juta - Bantuan kewangan kepada pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara rumah-rumah ibadat.

● Kerajaan bersetuju memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

● Kerajaan bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.

● RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam. Insentif RM1,000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

● RM10 Juta - Untuk kanak-kanak, wanita dan warga Palestin yang cedera dan menderita, Kerajaan akan menyalurkan dana secara terus kepada mereka bagi tujuan perubatan dan kemanusiaan.

Sumber dari Berita Harian