Memaparkan catatan dengan label petrol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petrol. Papar semua catatan

Khamis, Mac 30, 2017

Harga Petrol dan Diesel Secara Mingguan Mulai 30 Mac 2017



Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 17 sen dan 19 sen seliter manakala diesel turun 9 sen seliter berkuatkuasa tengah 30 Mac 2017.

Menurut sumber, RON95 turun 17 sen menjadikan harga bermula Khamis 30 Mac 2017 ialah RM2.13 seliter berbanding RM2.30 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.41 berbanding RM2.60 sebelum ini.

Harga baru diesel pula ialah RM2.11 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel Euro 5 pula pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini.

Harga baru bahan api ini berkuat kuasa dari 30 Mac 2017 hingga 5 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini dan harga berkenaan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam keesokannya.

Selasa, Mac 01, 2016

Harga RON95, RON97 Turun Lagi 1 Mac 2016



Harga petrol RON95 dan RON97 turun mulai 1 Mac 2016. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak mengesahkan bahawa RON95 menurun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter, RON97 menurun 10 sen kepada RM1.95 seliter.

Beliau berkata, harga diesel tidak berubah pada RM1.35 seliter.

Pada Februari, harga RON95 pada RM1.75 seliter (kurang 10 sen berbanding Januari) dan RON97 pada RM2.05 (kurang 20 sen).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan terurus bermula 1 Disember 2014.

- mSTAR


Recent Posts