Memaparkan catatan dengan label kemasukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemasukan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 08, 2023

Semakan Keputusan kemasukan MRSM Sesi 2023


Semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8 malam esok.

Sehubungan itu, katanya, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Beliau berkata, pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my, selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.

"Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.

"Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini," katanya yang juga Canselor Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam kenyataan

Ahmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.

"MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

"MARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar," katanya.



Rabu, November 01, 2017

Tiada kuota kaum kemasukkan ke kolej vokasional



Kementerian Pendidikan menegaskan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke kolej vokasional adalah terbuka kepada semua kaum tanpa peruntukan kuota tertentu untuk mana-mana kaum, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, pada masa ini kerajaan sedang membina lebih banyak kolej vokasional bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar-pelajar yang berminat mengikuti pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

Katanya, sejak pelan Transformasi Pendidikan Vokasional diperkenalkan pada 2012, sebanyak 81 kolej vokasional telah beroperasi di seluruh negara dan lima buah lagi dalam proses pembinaan.

"Penyediaan tempat-tempat baharu untuk latihan vokasional ini tidak melihat kepada kouta, sama ada Melayu, Cina, India, bumiputera, ia terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengikuti kemahiran tersebut," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi membantu golongan minoriti seperti masyarakat India untuk ditempatkan ke kolej vokasional. 

- Bernama


Isnin, Jun 06, 2016

Semakan Keputusan Kemasukan Perguruan Lepasan SPM Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2016



Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan JUN tahun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan di : https://pismp.moe.gov.my/

Tarikh semakan dibuka pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016.

Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program perlu mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Jun 2016.

Jumaat, Mac 11, 2016

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam / IPTA / ILKA (UPU) 2016


Maklumat dan Panduan Permohonan Kemasukan UA/Politeknik/ILKA

Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat mengenaui UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier di pautan berikut:
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA:
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

Kursus Mana Yang Layak Dimohon?

Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.

Untuk Universiti Awam:
http://upu.semaksyarat.info/

Untuk Politeknik Premier, Konvensional/METrO:
http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

Aplikasi ini akan menyenaraikan kursus-kursus yang layak anda mohon berdasarkan keputusan peperiksaan SPM/STPM anda.

Maklumat dan Panduan Permohonan UA/Politeknik/ILKA

Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk info lengkap serta panduan mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am kemasukan, syarat khas program pengajian/ kursus, serta maklumat mengenaui UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier di pautan berikut:
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA:
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

Kursus Mana Yang Layak Dimohon?

Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.
Untuk Universiti Awam:
http://upu.semaksyarat.info/

Untuk Politeknik Premier, Konvensional/METrO:
http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

Aplikasi ini akan menyenaraikan kursus-kursus yang layak anda mohon berdasarkan keputusan peperiksaan SPM/STPM anda.

Cara Memohon ke UA/IPTA/ILKA Menerusi UPU

Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) & ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUonline. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik Premier/Konvensional/METrO, Kolej Komuniti serta ILKA.

Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Tarikh beli nombor pin Unik ID UPU bermula pada 18 Januari sehingga 4 April 2016 11:45 malam di semua cawangan BSN di seluruh negara.

Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):

Kategori A
Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM15.64

Kategori B
Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik

Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64

Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:
https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu_1617

Anda hendaklah melakukan Daftar Kali Pertama bagi membolehkan anda mengakses borang permohonan online kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan.

Tempoh Permohonan UPU

Tarikh sistem permohonan UPU akan dibuka mulai 18 Januari 2016, jam 12:00 tengahari dan tarikh tutup permohonan ialah 5 April 2015, jam 4:00 petang.

Semakan Kemasukan UPU 2016/ 2017

Semakan keputusan permohonan UPU 2016/2017 dijangkakan boleh dibuat mulai minggu kedua bulan Mei 2016 untuk lepasan SPM/Setaraf, dan minggu kedua bulan Ogos 2015 untuk lepasan STPM/Setaraf.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini berkaitan permohonan dan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA , sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.



Recent Posts