Memaparkan catatan dengan label bashah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bashah. Papar semua catatan

Khamis, Februari 04, 2016

Mukhriz Letak Jawatan, Ahmad Bashah MB Kedah Baru



Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu, 3 Februari 2016 mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah.

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.

Mukhriz berkata, jawatan menteri besar diambil oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.

Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Mukhriz, beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

"Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik," katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mukhriz berkata, beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.

Recent Posts