Memaparkan catatan dengan label mysalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mysalam. Papar semua catatan

Rabu, Februari 19, 2020

M40 boleh mohon mySalam sebelum 31 Mac 2020



Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.

"Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Perluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam di Kementerian Kewangan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan timbalannya Dr Lee Boon Chee dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 bermula 1 Januari 2020, kerajaan memutuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.

Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal termasuk polio daripada 36 sebelumnya.

Guan Eng berkata, tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun ini.

Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan bantu golongan B40 dengan memberi perlindungan perubatan dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah skim itu, penerima layak mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan alzheimer.

"Penerima skim mySalam akan mendapat bayaran 'one-off' (sekali gus) sebanyak RM8,000 jika dikenal pasti menghidap penyakit kritikal.

"Skim mySalam juga memberi bayaran harian RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.

"Saiz dana permulaan skim mySalam sebanyak RM2 bilion dijangka dapat menawarkan perlindungan perubatan sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun bagi golongan sasar."


- B.Harian

Khamis, Februari 13, 2020

Pendaftaran Skim MySalam Untuk M40 Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup (BSH)


Pendaftaran Skim MySalam Untuk M40 Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar Skim MySalam Perlindungan Kesihatan Masyarakat bermula Februari hingga 31 Mac depan.

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Penerima Bantuan Sara Hidup    

    Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
    Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
    Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup

    Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Kategori BSH

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.

Kategori Bukan BSH

Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.

Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Senarai Penyakit Yang Mendapat Perlindungan MySalam

Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

    Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
    Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
    Meningitis Bakteria
    Tumor Otak Benigna
    Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
    Pembedahan Otak
    Kanser
    Kardiomiopati Teruk
    Anemia Aplasia Kronik
    Koma
    Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
    Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
    Ensefalitis/encephalitis
    Kegagalan Hati Tahap Akhir
    Penyakit Paru-Paru
    AIDS Peringkat Teruk
    Hepatitis Virus Fulminan
    Serangan Jantung
    Pembedahan Injap Jantung
    HIV Akibat Transfusi Darah
    Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
    Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
    Hilang Pertuturan
    Trauma Kepala Utama
    Pemindahan Organ Utama/ Sum
    Penyakit Neuron Motor
    Sklerosis Berbilang
    Distrofi Otot
    Kelumpuhan / Paraplegia
    Penyakit Parkinson
    Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
    Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
    Strok
    Pembedahan Aorta
    Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
    Pelecuran Tahap Ketiga

Bagaimana Daftar Skim MySalam?

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat

Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam melalui pautan di bawah:

https://www.mysalam.com.my/

Recent Posts