Memaparkan catatan dengan label ABPBH29. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABPBH29. Papar semua catatan

Khamis, Mac 02, 2017

Warga Korea Utara Dikenakan Visa Bermula 6 Mac 2017



Berkuatkuasa 6 Mac 2017 ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

"Diharap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN di sini, Khamis.

Ketetapan ini besar kemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian Kim Jong-nam yang juga abang tiri pemimpin Korea Utara dalam insiden pembunuhan di KLIA2 pada 13 Februari lalu, selain pelbagai isu yang timbul akibat tindakan negara itu yang enggan memberi kerjasama untuk membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan diberi taklimat oleh penasihat perundangan Kementerian Dalam Negeri dan pejabat Peguam Negara berhubung status pakar kimia yang ditahan berhubung kematian Jong-nam.

"Kita akan tahu dalam beberapa jam lagi sama ada lelaki berkenaan akan dibebaskan atau siasatan akan dijalankan mengikut Akta Imigresen atau dihantar pulang," katanya.

Menurut laporan yang disiarkan, warga Korea Utara, Ri Jong Chol itu dijangka dibebaskan apabila tempoh tahanan remannya tamat Jumaat ini.

- mSTAR

Isnin, Mei 09, 2016

Neelofa Juara Bintang Paling Popular 29 (ABPBH2)


Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu cara dia membawa dirinya untuk bergelar artis contoh dan ikon merupakan salah satu sebab dia memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH29) yang diadakan, malam Ahad.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, dia menjadikan segala cerita kontroversi pada awal kemunculannya sebagai sebuah pengajaran sebelum bertukar menjadi seorang selebriti yang lebih dihormati.

"Saya sedar pada tahun pertama kemunculan, saya penuh dengan kontroversi sahaja sehingga saya sendiri rasa tidak tahan dan mula putus asa.

"Sehingga tahun keempat saya sudah tahu mengawal dan cuba berubah menjadi seorang yang sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada sidang media selepas selesai ABPBH29, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Neelofa turut memenangi kategori Pengacara TV Popular. Kemenangannya sebagai bintang paling popular membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta Volkswagen Passat.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, sepanjang enam tahun bergelar anak seni pelbagai dugaan terpaksa dilaluinya.

Tambahnya, orang di sekeliling dan peminat sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakang dalam memberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam industri seni.

"Susah untuk terus berada dan releven dalam industri ini, tapi seorang rakan artis ada beritahu jika saya berjaya lalui lima tahun pertama, maka ia akan mudah untuk tahun seterusnya.

"Benar, ini tahun keenam saya dan masih berada dalam industri hiburan. Sejak tahun keempat saya sudah bataskan diri dan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak terpalit kontroversi," ujarnya.

Tambah Neelofa, dia turut menjaga nilai eksklusif terutama dalam memilih tawaran-tawaran sebagai pelakon dan pengacara yang bersesuaian dan dapat membantu kerjayanya.

Sementara itu, ditanya tentang ucapannya di atas pentas yang menyebut beberapa nama penting termasuk Datuk Hans Isaac, Neelofa mengakui dia antara individu penting dalam kerjayanya.

Tambahnya, Hans, banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar pada awal kemunculannya dalam industri.

"Saya ada sebut tiga nama iaitu Aziz M.Osman kerana dia pengarah pertama yang percaya bakat saya, Erma Fatima pula pengarah yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya dalam banyak drama yang diterbitkan.

"Manakala, Hans juga individu penting yang banyak mengajar saya apa yang patut lakukan terutama ketika berhadapan dengan kontroversi dulu," ujarnya.

-mStar

Recent Posts